Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitiri kami 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Akibat kesibukan beraya, menziarahi saudara mara, kenduri kendara sana sini, blog ini diabaikan sementara memberi laluan kepada urusan2 yg lebih penting.

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga beraya di belah utara. Kedah, Perlis dan Penang.

syawal pertama hingga ke lima

Alhamdulillah hari raya tahun ini disambut dengan tenang, bahagia dan gembira.

Syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah memberikan kami sekeluarga 100% kesihatan dan kekuatan hingga kami dapat menziarahi sanak saudara, ustaz, anak murid dan sahabat handai.

Moga ia menjadi pemberat timbangan neraca pahala dalam ibadah ziarah dan menghubungkan silaturrahim. AMin3.
gambar ini Abang Abbudey yg edit sendiri guna aplikasi photo grid

Alhamdulillah, kali ini adalah tahun ke 2 Abang ABbudey berpuasa penuh. ALhamdulillah dia mula serasi berpuasa dan bangun sahur. Malah kami berkesempatan mengikut baba menunaika Solat terawih dan tazkirah Ramadhan  pada hari2 cuti.

ALLAH jadikanlah ia corak dalam hati anak2 dalam usaha menjadi mukmin sejati yg memberi manfaat kepada seluruh alam.

Abdullah pula berpuasa separuh hari (di sekolah) dan dia sangat malu untuk makan di khalayak ramai. Kami tidak memaksa dia berpuasa lagi. Belum lagi 5 tahun. InsyaALLAH jika dilihat kesediaan dia untuk berpuasa, barulah disuruh INsyaALLAH.


Abbudey dan Abdullah bersama sepupunya di pagi raya
gambar ehsan: Mak Ndak Jihah
Alhamdulillah, di hujung Ramadan yg lepas, Abang ABbudey telah tamat hafazan Surah Az-Zukhruf dan sudah lancar muka pertama Surah Asy-Syura.

Adik ABbdullah juga telah tamat hafazan Surah AL-Hadid dan dalam usaha melancarkan Surah Az-Zariyat.

ALLAH permudahkanlah urusan kami dalam memartabatkan kalamMu dan berikanlah semangat dan kegembiraan dalam hati anak2 untuk terus menghafal dan mengulang Al-Quran.Amin3


dalam kegembiraan kita mensyukuri nikmat ALLAH yg memberikan kebahagiaan berhari raya, janganlah kita lupa untuk sama2 sentiasa mendoakan saudara seagama kita yg berhadapan dengan pelbagai ujian ALLAH.

ALLAH berikanlah pertolongan dan kebahagian kepada Muslim di seluruh dunia.
amin3


Mari kita sempurnakan ibadah puasa kita dengan menyambung puasa 6 syawal. Pahalanya serupa dengan puasa sepanjang tahun. ALLAH berkati kita semua. amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...