Saturday, August 24, 2013

Info Buku: Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari, Dr Zaharuddin Abdul Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, beberapa minggu yg lalu, saya sempat menamatkan bacaan buku ini....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


antara genre bacaan yang saya minati ialah travelog kerana ia adalah kisah benar (bukan cerita rekaan main2), jadi saya rasakan hikmah yang tersirat di sebalik travelog dan kisah benar lebih menarik dari cerita rekaan. =P

dan juga antara sebab saya suka membaca travelog ialah kerana ia boleh menjadi ibrah dan panduan kepada diri kita.

Panduan dari kejayaan penulis travelog, teladan dari kesilapan penulis yang lalu dan juga motivasi dari kesusahan yang pernah dilalui oleh penulis travelog tersebut.

Saya merasakan, membaca sebuah travelog amat menarik dan memuaskan.

muka belakang

Antara isi kandungan dalam buku ini:


Buku ini menceritakan perjalanan hidup UZAR dalam menuntut ilmu. Antara perkara yang dititip beratkan dalam travelog ini ialah:
1- semangat dan usaha dalam menuntut ilmu

2- perhatian yang mendalam untuk menuntut ilmu

3- Kesungguhan dalam mengharungi susah payah menjadi seorang penuntut ilmu.

4- cerita pengalaman UZAR ketika memberikan ceramah dan kursus di serata dunia. Bagaimana beliau mendapat pengalaman dari setiap negara. sangat menarik.

5- Di dalam buku ini juga banyak menceritakan tentang masalah2 dalam hal2 kewangan di sisi Islam.

6- Juga bagaimana seseorang itu perlu merancang dan mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga.


terdapat juga gambar pengalaman penulis yang menarik  



Dalam buku ini juga, UZAR telah meletakkan saranan dan cadangan bagaimana ingin menghasilkan seorang penuntut ilmu dan ulama masa hadapan yg berkualiti. Saya rasakan cadangan itu amat baik dan boleh juga diubah suai mengikut kemampuan individu.

cadangan UZAR untuk menghasilkan pengkaji agama yang berkualiti untuk masyarakat.
Pada pendapat saya buku ini amat baik dan memberi banyak idea kepada pembaca. Pembaca bukan sahaja dalam melihat pengalaman penulis, malahan banyak manfaat yang boleh didapati INsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...