Friday, August 30, 2013

Perbaharui semangat dan niat mendidik anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia memang banyak lupanya. Adakalanya kita mempunyai semangat dan impian yang tinggi, tapi akibat kesibukan dan hal2 yang mendatang, menyebabkan kita lupa dengan target dan plan kita.

Saya sendiri banyak merancang untuk pembelajaran anak2 di rumah dari segi Al-Qurannya, hadis (pernah ditulis di sini), Sirah (di sini)  tafsir (di sini) Bahasa Arab (di sini) , tapi selalu juga yang terlupa. Allah ampunilah kelemahan diri kami ini.

Alhamdulillah, dalam bab AL-Quran dan Bahasa Arab, saya boleh kategorikan kepada hampir berjaya dan perlukan lebih istiqamah kerana anak2 boleh berinteraksi sedikit sebanyak dalam Bahasa Arab dan juga hampir 5 juz AL-Quran yang mereka telah hafal.

Dan hampir setiap hari anak2 akan mengulang Al-Quran, sama sikit ataupun banyak.

Tapi dalam bab hadis, Sirah, Akidah, cerita para sahabat, rasa banyak lagi kekurangan.

ALLAH bantulah dan berilah kekuatan kepada kita semua dalam melengkapkan diri anak2 dengan AGAMA.

Doa saya juga moga ALLAH sentiasa memberi kita semangat, tenaga dan kekuatan yang tinggi untuk mewakafkan diri dan anak2 demi Agama Islam.

Baru ini juga, saya ada mendengar ucapan motivasi peningkat semangat dari Dr. Aidh Al-Qarni (pengarang kitab yang amat popular di dunia. Antara kitabnya yang paling popular ialah La Tahzan.)




Antara kata Dr.Aidh Al-Qarni dalam video ini  yang saya semat dan fikir dalam2:
1- Memberi perhatian terhadap hafazan Al-Quran
2- Memberi perhatian terhadap tafsir dan hadis.
3- Kepentingan zikir.

Bagi saya, iktibar yang saya dapat dari peperangan dan kacau bilau yang berlaku di negara Islam di sisi kita, kita perlulah menggunakan nikmat keamanan dan ketenangan yang ada sekarang untuk lebih meningkatkan ketaqwaan, ilmu dan ibadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala...

Demikianlah, moga video2 motivasi seperti ini dapat meningkatkan semangat kita dalam mendidik anak dengan Islam. Amin3.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...