Friday, January 3, 2014

Perkara yang anak2 belajar ketika jalan2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami sekeluarga sangat suka berjalan2, ziarah ke tempat yang menarik. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh didapati selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Antara tempat2 menarik yang pernah kami ziarahi boleh dilihat di sini:

Kali ini InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan beberapa perkara yang anak2 belajar ketika bermusafir/ berjalan2:

1- JAGA SOLAT
Solat adalah perkara yang utama dalam hidup kita. Kalau waktu di rumah pun kita kena solat pada awal waktu, waktu berjalan pun begitu juga.

ketika berjalan inilah kita boleh ajar anak2 ttg solat jamak, qasar, solat sunnat dalam kenderaan. jarak untuk solat jamak. Beza jamak taqdim dan ta'khir.

Ketika bermusafir ini jugalah perlu lebih kerap solat berjemaah.

2- JAGA AURAT
Ketika berjalan2 ini juga, anak2 perlu faham tentang aurat. Walau bagaimana sekalipun keadaan kita, di mana sahaja pun kita, mandi swimming pool ke, mandi laut ke.... aurat mestilah dijaga. Lebih2 lagi bila anak2 dah makin membesar dan masuk sekolah rendah.


3- BERSYUKUR
Ketika dapat berjalan2 ini juga, seringlah ajar anak2 tentang syukur.

Bersyukur kerana ALLAH beri kita kebahagiaan dan dapat berjalan2 bersama2
Bersyukur kerana ALLAH jadikan keluarga kita bahagia
Bersyukur kerana ALLAH beri kita keselamatan dalam perjalanan dan pulang
Bersyukur kerana ALLAH makbulkan plan kita untuk berjalan2

Saya pernah bercerita DI SINI  kisah Abang ABbudey yang bersyukur sebab keinginannya untuk menunggang kuda putih dimakbulkan ALLAH. Alhamdulillah....
Kisah Abang Abbudey dan kuda putih

Dan sebagai tanda kita bersyukur juga, kita kenalah tunaikan solat, jangan main2 ketika solat. Kena taat perintah ALLAH

4- BERDOA 
Dalam musafir ini juga kita ajar anak2 dengan doa.
Doa supaya ALLAH selamatkan kita dalam perjalanan. Doa agar kita bahagia kekal hingga ke syurga. Doa moga ALLAH berikan keluarga kita kebahagiaan yang berkekalan.

5- BERTERIMA KASIH
"Terima kasih baba sebab bawa adik p jalan2, seronok2." Alhamdulilah Abdullah pun dah pandai mengucapkan terima kasih.

Begitu juga ajar anak ucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian dari orang lain.

Kalau sesama kami dalam keluarga kami, saya lebih prefer supaya anak2 ucapkan 'Jazakallahu khairan kathira' berbanding terima kasih kerana ia lebih kepada doa supaya si pemberi mendapat kebaikan dari ALLAH subhanahu wa taala.


6- HALAL DAN HARAM
Lihat tanda halal bila nak beli sebarang makanan. Itu pesan yang paling utama bila membeli makanan ketika berjalan2.

Begitu juga jika ada pemandangan yang haram, jangan dilihat.
Kalau terlihat, ucaplah astagfirullahal 'azhim dan jangan lihat lagi.

7- AKHLAK
Ketika berjalan, mesti jaga akhlak. Salam dengan kawan2 baba. Jangan bergaduh2. Jaga akhlak depan orang ramai.

8- KOMUNIKASI
Ketika musafir ini juga adlaah peluang untuk anak2 belajar berkomunikasi dengan dunia luar.

Latih mereka untuk membayar pesanan di kedai, membuat pesanan, membeli barang2 (bawah jagaan kita).

Jangan kata kat orang. Jangan ejek orang.


9-MEMBACA
saya pernah ceritakan kisah Abdullah yang seronok membaca signboard DI SINI.
Ya, dalam musafir ini juga anak2 boleh berlatih membaca.




**** Konklusinya banyak perkara yang boleh dipelajari dalam musafir ini.
Seronok kan?

Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...