بسم الله الرحمن الرحيم
Walaupun kami pernah berjalan di Perlis tahun lepas (baca di sini), tapi tahun lepas kami tak berkesempatan untuk ziarah Taman Ular dan kami tak pernah lagi sampai ke Padang Besar. Jadi tahun ini jalan2 semula ke Perlis...
Alah... Perlis dengan Kedah kan dekat je...
Bayaran masuk murah sahaja:
dewasa: rm 5
kanak2: rm 2
bawah 4 tahun: free
Jom lihat apa yg ada di Taman Ular, Perlis.
semestinya ada ular |
ular lagi |
errrr....ular juga...tapi gambar je |
Taman Ular Perlis ini bukan sekadar ada ular sahaja, tapi macam mini zoo juga. Ada Arnab, buaya, merpati, ayam, ostrich, rusa.
memberi makan kepada rusa |
kolam ikan sebelum pintu keluar |
Ikan yang berwarna warni |
Oh...anak2 sangat seronok dapat pergi mini zoo seperti ni... Abdullah tak berhenti2 bercakap, membaca, bertanya macam.
Selepas Taman Ular, kami pergi ke Padang Besar.
Antara yang kami beli ialah baju dan souvenir untuk sepupu2 Abbudey (saya puji sikap Abbudey yang pemurah dan ingat untuk beli hadiah untuk sepupu2nya walaupun beli pakai duit baba... =P )
Hadiah Abang Abbudey sebab berjaya menamatkan Surah Ghofir |
KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH BANYAK LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI
No comments:
Post a Comment