Sunday, March 30, 2014

Science Of Fear at Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah untuk Cuti Pertengahan Penggal Pertama kami selamat pergi ke Kuala Lumpur dengan tujuan ziarah keluarga belah sana  dan membawa anak-anak berjalan-jalan.

Cuti sekolah kalau tak boleh berjalan-jalan, rasa tak seronok pula. Berehat sebentar dari bebanan kerja dan kumpul tenaga semula untuk meneruskan kerja kerana ALLAH, InsyaALLAH.

Tempat tujuan kami kali ini, antaranya ialah: Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

terowong ikan.
seperti di Aquaria

macam boleh pegang saja ikan besar itu

Bilik pameran pertama

memusing untuk menghasilkan puting beliung


mesti cuba

Kebetulan pula ketika itu ada pameran bertemakan Science Of Fear (SOF) di Pusat Sains Negara (PSN). Anak-anak sangat seronok.

Kami beli tiket untuk lawat tempat yang biasa sahaja di PSN. Itu pun sudah penat. Berhenti sekejap untuk makan tengahari dan sambung masuk tengok pameran semula.

Harganya untuk pakej 2 dewasa dan 2  kanak-kanak hanyalah rm15. Boleh keluar masuk ke PSN sepanjang hari.

Science Of Fear
Pada hari tersebut, orang agak ramai juga (ada rombongan sekolah menengah dan sekolah rendah) tapi tak adalah sesak sangat kerana kami datang pada awal pagi. Lagipun tempat tertutup, jadi suasana selesa sahaja.

Tujuan pameran SOF adalah untuk menguasai ketakutan kita selain dari pameran-pameran yang biasa yang ada di PSN.

Banyak aktiviti yang bertemakan SOF yang diadakan.
Antaranya ialah:
Fear Of Animal
Fear Of Food
Fear Of Insect
Fear Of Balloon

dan banyak lagi.


Menyambung lagi dengan banyak lagi pameran

ini adalah untuk menguasai Fear Of Animal.
tapi Abdullah memang tak takut pun

ini pula untuk cabaran  memegang caterpillar.
Mereka beri jaminan tak akan gatal.

Abang ABbudey tak takut, Abdullah agak takut, namun bila dicabar, dia mula berani untuk pegang ulat beluncas tersebut

Abang Abbudey yang berani memegang Ulat beluncas


Abdullah memegang ulat selepas dicabar keberaniannya =)

Lagi cabaran fear of animal
memegang tikus.
ABdullah sangat suka pula


Ini pula Abang ABbudey!
Dia sangat geli dengan tikus yang bergerak-gerak itu

Anak-anak ini mempunyai sifat yang ketakutan yang berlainan


Abdullah amat suka...
erk!
=)

Abdullah mencuba ini
Penuh kesungguhan






Ini pula Fear Of Balloon

Ramai orang yang takut dengan Balon meletup kan?

Mereka akan pam sampai besar dan meletup.
Abang Abbudey berani untuk mencuba cabaran ini.
Antara yang anak-anak lawati lagi ialah ini:
bermain dan perang bola lembut

Banyak sungguh bola

Bersedia menembak dengan senapan angin itu


kanak-kanak memang seronok sungguh di sini

Abang Abbudey dan ABdullah di atas sana


Terdapat juga playground untuk kanak-kanak di sini:

Kiranya rm15 memang berbaloi untuk bermain lama di sini


Bermain lagi....









mereka sangat teruja

Kemudian sambung pula lagi meneroka
Cuba untuk mengangkat bola di bawah sana dengan alat ini
 
Kayuh basikal ini untuk gerakkan keratapi
 

Mengawal angin untuk menerbangkan bola itu

melihat tulang berkayuh




mencuba 3D kraf di sini juga



 

Apa-apapun, bagi saya, sains itu amatlah cantik kalau sentiasa dikaitkan dengan ketuhanan, jadi sentiasalah kita ingat-ingatkan anak kita.




Sebelum balik singgah di taman air ini di PSN sebenatar, nasib baik ada bawak baju salin. Seronok anak-anak.



mesti akan basah punya

ALhamdulillah anak-anak seronok di PSN... InsyaALLAH entry yg hadapan akan berkongsi satu lagi tempat menarik yang kami pergi di KL pada musim cuti ini.


Banyak sungguh gambar di PSN...ALhaamdulillah atas nikmat keseronokkan yang ALLAH kurniakan. ALhamdulillah...syukur



Untuk maklumat lanjut tentang PSN, boleh lihat di sini:
https://www.facebook.com/PusatSainsNegara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...