Tuesday, March 11, 2014

Ulasan tentang Pen Al-Quran digital

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam entry minggu lepas, saya ada bercerita tentang anak-anak yang menggunakan pen  (rujuk sini)

Pen digital ini sedikit sebanyak membantu anak2 dalam menghafal Al-Quran namun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, antaranya:

Abang Abbudey sedang melancarkan hafazan akhir Surah Sod minggu lepas
Walaupun membaca dengan pen digital AL-Quran, namun tidak boleh bergantung kepadanya 100% kerana belajar Al-Quran itu perlu berguru.

Kerana itulah, selepas anak2 menghafaz Al-Quran dengan pen ini, saya akan mendengar hafazan mereka pula untuk memperbetulkan makkhraj huruf, tajwid, hafazan dan lain2.

Dan juga kerana pen digital ini adalah dari rakaman suara qari, kadang qari tidak berhenti pada ayat tersebut, bila tekan pada satu ayat, pen itu akan berhenti pada ayat tersebut dan cara berhentinya tidak sempurna kerana pada asal rakaman, sheikh tidak berhenti pada ayat tersebut. (faham x tulisan yang berbelit2 ini)


Senang cerita, kalau nak faham, boleh tonton video di bawah ini:


 Dalam video ini, boleh dengar pada minit: 0,:10
bacaan berhenti (azimun), sedangkan yang sepatutnya kalau berhenti kena (aziiim).
Ini kerana dalam rakaman, sheikh al-Ghamidi tidak berhenti, beliau menyambung bacaan, bila pen berhentikan, ia jadi x sempurna.

Jadi, konklusinya, belajar, membaca dan menghafaz Al-Quran ini perlu berguru.


ALLAH permudahkan segala urusan kita dalam menjadikan Al-Quran panduan hidup kita. Amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...