بسم الله الرحمن الرحيم
Pada usia ini, Abang Abbudey dan Abdullah sangat suka dengan teka teki....
Oh teringat pada ketika usia kanak-kanak kita juga sangat sukakan teka teki.
Begitu juga antara kisah yang pernah dibaca tentang Rasulullah sallahu alaihi wasallam yang berjenaka dan memberikan teka teki kepada para sahabar radiallahu anhum ajmain..:
((Apakah pokok yang tidak gugur daunnya? )) baginda sallahu alaihi wasallam memberikan teka teki.
Tiada sahabat yang dapat meneka jawapannya.
Baginda menjawab: ((Pokok kurma))
=)
Dan pada ketika itu Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) juga ada dalam majlis tersebut. Beliau berkata kepada bapanya: Sebenarnya aku tahu jawapannya, tetapi aku malu untuk menjawab.
Umar berkata: Kalaulau kamu jawab, aku lebih gembira dari mendapat sekian-sekian.
Ini menunjukkan betapa bahagianya seorang bapa dapat memperlihatkan kehebatan dan menonjolkan keisitimewaan anak-anaknya di hadapan kekasih ALLAH, Rasulullah sallahu alaihi wasallam.
ALLAH, moga diri kita semua dan anak-anak pun dapat menonjol dan dilihat isitmewa di hadapan ALLAH subhanahu wa taala dan kekasihNya, Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Amin- Amin . Amin
OK. Kembali kepada kisah anak -anak dan teka teki.
Ada sahaja soalan yang ditanya, lebih lebih lagi Abdullah, katanya:
"Apa benda yang........?"
Dan akhirnya akan tergelak-gelak mencari jawapannya.
Ia boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Melihat minat mereka pada ketika ini dengan teka teki, saya perkenalkan kepada mereka buku teka teki.
Saya beli dua buku ini |
belakang buku |
harganya rm3.50 |
antara soalan teka teki dan diberikan pilihan jawapan melalui tiga gambar |
jawapan teka teki boleh didapati di akhir-akhir buku |
Satu lagi cara untuk mengasah skill membaca anak-anak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cubaan menjawab teka teki ini.
Alhamdulilllah
=)
main teka teki mmg seronok.kami anak beranak selalu main dalam kereta.kebanyakan soklan yg direka-reka.mmg akhirnya gelak ketawa ramai2 haha
ReplyDeleteAssalamuallaikum puan beli buku ni di mana yer...saya suka sangat pendekatan berteka teki ni, tak silap saya ni juga cara nabi mendidik anak.alhamdullilah . terima kasih puan kongsikan buku yang baik ini.
ReplyDeleteSaya beli di Kedai buku HASANI. mungkin puan boleh dapatkan di cawangan kedai buku HASANI
Delete