بسم الله الرحمن الرحيم
Jika hujung tahun 2012 yang lepas, anak-anak mendapat rezeki bersua dengan Sheikh besar yang terkemuka dalam dunia Islam, Sheikh Ali Ash- Shobuni dan Sheikh Ibrahim Az-Zaiem dari Palestin (pernah ditulis DI SINI), Alhamdulillah, tahun ini anak-anak ini berkesempatan untuk mendampingi sheikh dari Syria dengan lebih rapat dalam masa lebih kurang 4 hari.
Alhamdulillah, bagi saya ia adalah satu pengalaman yang besar dan memberi ilmu yang baru kepada anak-anak InsyaALLAH
Alhamdulillah, bagi saya ia adalah satu pengalaman yang besar dan memberi ilmu yang baru kepada anak-anak InsyaALLAH
Sheikh meluangkan masa menziarahi Sekolah Rendah Islam Tahfiz Murmainnah Ini kelas darjah 2 Maklumat lanjut lihat DI SINI |
Baba menjadi antara penterjemah Sheikh Muwaffaq dan diberi peluang untuk berkhidmat kepada sheikh sepanjang keberadaan sheikh di Kedah |
Abdul Rahman dan Fawwaz turut hadir di Kuliah Subuh bersama Sheikh Muwaffaq di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah |
anak-anak turut hadir mendengar pengajian bersanad hadis 40 An-Nawawi Baba sebagai penterjemah kepada hadis yang dibacakan |
Anak-anak dibiasakan dengan suasana dalam kuliah agama di masjid sejak kecik. |
Sudah terlena sebab paginya bersekolah (sudah melepasi jam 10 malam, mmg lena sampai ke pagi) |
1- Mengajar mereka adab bersama orang-orang soleh dan para ulama
2- Mengajar mereka akhlak mulia dan tauladan dari para ulama dan orang soleh
3- Mengajar mereka suasana ilmu dan Islam dengan harapan moga ia menusuk dan membentuk diri mereka (amin3)
4- Moga2 mereka mendapat keberkatan para ulama (yang merupakan pewaris Nabi)
5- Moga mereka juga turut mendapat keberkatan didoakan oleh para malaikat yang berhimpun ramai merendah sayap mereka dan majlis ilmu.
Kitab matan 40 An-Nawawiyyah berserta ijazah sanad hadis |
Alhamdulillah, nikmat makan setalam bersama para sheikh |
Begitu juga pada musim cuti sekolah yang lepas, anak-anak juga berkesempatan untuk turut serta dalam Majlis Pecah Tanah kompleks pendidikan ABIM bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi
Abdullah nampak begitu berminat melihat gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Sumber: SINI |
Abang Abbudey turut kelihatan Sumber: SINI |
Sumber: SINI |
YA ALLAH, moga suasana begini dapat memberi keberkatan dalam diri anak-anak kecil ini dalam menjadi Insan Bertaqwa dan memberi manfaat semula kepada masyarakat, InsyaALLAH
Salam puan, bagaimana pula dengan anak yang buat bising dan berlari-lari apabila bawa ke majlis2 ilmu sehingga mengganggu ahli majlis yang lain. Sedangkan sudah saling mengingati acap kali pada setiap kali ke masjid/surau. Mohon pandangan.
ReplyDeleteSaya pernah tuliskan di sini, puan boleh rujuk kembali dalam link di bawah ini. terima kasih atas kunjungan puan ke blog ini
Deletehttp://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/petua-dan-tips-untuk-1st-time-nak-bawa_23.html
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/petua-dan-tips-untuk-1st-time-nak-bawa.html
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/11/anak2-terdidik-untuk-bersedekah.html
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/06/pekakah-kanak2-dengan-kuliah-yang.html