Tuesday, July 8, 2014

Puasa Pertama Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika mengajar Abdul Rahman berpuasa 2 tahun lalu, saya tak berani nak kongsikan cara mengajar anak-anak berpuasa, kerana bagi saya ia hanyalah percubaan pertama saya mendidik anak-anak berpuasa (try and error lah kononnya), tapi tahun ni mengajar Abdullah berpuasa pula , InsyaALLAH sudah ada sedikit pengalaman (setelah mengajar Abang Abbudey berpuasa dulu)

Mmg benar, kita patut lebih mementingkan pendidikan solat sebelum puasa kepada anak-anak. Alhamdulillah juga anak-anak ini didedahkan dengan solat sejak dari kecil dan makin dididik dengan serius apabila bertambahnya umur mereka saban hari.

Begitu juga, jika solat boleh dididik setiap hari, tapi untuk mendidik anak-anak berpuasa dalam suasananya (semua orang berpuasa) hanya boleh dilakukan pada Bulan Ramadan sahaja. Jadi dalam Bulan Ramadan ini, ambillah peluang untuk mendidik anak-anak berpuasa perlahan-perlahan.

Jika tahun lepas, ketika di PASTI, pelajar PASTI digalakkan berpuasa ketika waktu bersekolahan, tapi bila balik sekolah sahaja, terus Abdullah cari air dan makanan. Pada ketika itu umurnya baru di awal 5 tahun, puasa pun tak faham apa dia.

Alhamdulillah tahun ini, saya nampak Abdullah sudah agak bersedia dengan puasa.

Di sekolah pun sudah adakan program menyambut ramadan bagi menerangkan kepada anak-anak tentang apakah itu puasa? dan apa yang patut kita lakukan dalam Bulan Ramadan?

Hari pertama Ramadan adalah cuti umum, jadi ia adalah peluang yang baik untuk melatih Abdullah berpuasa.

Bangun sahur, Alhamdulillah no problem...

Semuanya berjalan lancar sehingga sampai pukul 5 petang. Nampak Abdullah sudah tak tahan haus dan meminta air. OK, tak apa ada 29 hari lagi untuk berlatih puasa.

Bagi saya itu adalah biasa. Abang Abbudey juga dulu pada hari pertama agak susah bagi  mereka kerana tidak biasa menahan lapar dan dahaga.

tetapi Alhamdulillah pada hari-hari selepasnya semuanya OK sahaja. boleh berpuasa dengan baik dari waktu sahur hingga waktu buka puasa

Hadiah yang dibelikan pada hari pertama puasa

Hari ke enam puasa... Boleh mencangkul di tengahari
Nasib baik tak minta air
ALhamdulillah juga puasa berjaya ditamatkan dengan baik

Sebenarnya kelihatan kanak-kanak ini lebih bertenaga dari orang dewasa ketika Bulan Ramadan ini. Kita orang dewasa pun pancit kepenatan pada waktu tengahari, namun mereka boleh lagi berlari pada pukul 3 petang. Sejak dari pagi pun berlari.

ALhamdulillah usaha mendidik anak dengan puasa tidak begitu sukar, Alhamdulilah.

InsyaALLAH saya akan kongsikan pada entri-entri akan datang tentang buku yang saya guna untuk menambahkan penghayatan anak-anak tentang Bulan Ramadan.

InsyaALLAH

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...