بسم الله الرحمن الرحيم
Teringat pada pertengahan tahun lepas, terfikir dan melihat anak-anak kurang membaca buku.
Dari saat itu, timbul azam bahawa anak-anak perlu dididik dan disemai supaya suka membaca.
Bermulalah kempen membeli bahan bacaan anak-anak.
Dimulakan dengan bahan bacaan yang menarik minat anak-anak untuk membaca seperti komik upin ipin, boboiboy dan lain-lain.
Dalam fikiran:
Anak-anak baru nak dipupuk supaya minat membaca, jadi perlu tanam dalam hati dan minda mereka bahawa buku ini menyeronokkan.
Begitulah perkiraan psikologi saya.
Kalau awal-awal, dah beri buku tebal dengan tulisan halus-halus, agak-agak anak-anak nampak buku tu seronok tak?
Tapi, makin lama, perlahan-lahan ditukar genre buku komik kepada lebih islamik, lebih menitikkan bab akidah dan akhlak tapi masih buku kanak-kanak.
Dan ditambah dengan buku-buku Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Dan hasilnya: anak-anak kini ketagihan buku dan sangat gembira bila posmen menghantar buku yang dioder, Alhamdulillah.
Jika ke kedai, wajib masuk ke kedai buku. Sekurang-kurangnya beli sebuah buku seorang.
Moga bertambah ilmu dan dapat beramal dan memberi manfaat kepada Ummat Islam.
Amin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment