Friday, January 16, 2015

Perjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu masa dahulu, di alam universiti, antara perkara yang sering difikirkan ialah:

"Bagaimana saya boleh mengubah dunia dari fasad yang berleluasa?" 

Maklumlah zaman tu zaman tarbiyah, duduk pulak kuliah dakwah...


Sekarang ini selepas hampir lebih 10 tahun, Allah pilih untuk menjadi guru besar sekolah rendah tahfiz.

Adakah ini jawapan kepada permintaan ingin mengubah dunia?!

Mendidik anak kecil dengan Al-Quran.

Bukan hanya menghafaz.

Tapi memahami, mengamalkan, menanam akhlak-akhlak mulia.

Masa untuk mencurah ilmu-ilmu yang dituntut sepanjang 30 tahun ini.

Bukan tugas mudah.

hasilnya bukan boleh peroleh sehari dua, bukan juga seminggu dua, bukan juga setahun dua, tapi perlu MASA YANG PAAAAAANJANG!




Bila terlebih tegas, sering hadir rasa menyesal. Berpanjangan.

Bila tidak boleh mengawal, rasa tidak berjaya.

Perlu lebih banyak belajar.

Lebih banyak kasih sayang.

Lebih banyak usaha.

Lebih banyak mencuba.

Lebih banyak bergantung, berharap dan memohon dari ALLAH.

Inginkan kesempurnaan, namun kesempurnaan hanya milik ALLAH. Tapi tidak mahu ia jadikan alasan untuk melakukan kerja dengan tidak smepurna

PERMUDAHKANLAH YA ALLAH!

**Sudah banyak impian dan cita-cita yang ALLAH tunaikan walau kita sering lalai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...