Sunday, April 5, 2015

Biarlah ada kenangan sebagai ibu bapa yang mendidik

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa tahun yang lalu, ada seorang sahabat yang memberi ucapan di hadapan orang ramai, antaranya kata:

" Marilah kita mendidik anak-anak., jadikanlah peluang ketika anak-anak di rumah sebagai peluang untuk kita membantu mereka dalam pelajaran dan mendidik mereka. Biarlah ada kenangan dalam minda anak-anak ketika dewasa bahawa ibu bapa mereka pernah mendidik mereka ketika kecil. Janganlah kita merasa rimas dengan kewujudan anak-anak di rumah dan mereka juga merasa rimas dengan kita."

Adakah ibu bapa yang merasa rimas dengan anak-anak? Hakikatnya begitulah bila masing-masing sentiasa sibuk. Moga kita semua tidak begitu. Amin Ya Rabb

Saya masih teringat ketika kecil, pada awal kami menghafaz Al-Quran, saya dan 7 orang lagi adik beradik dibantu oleh emak, walaupun emak bukanlah penghafaz AL-Quran dan bukanlah ustazah. Emak belajar dalam pengkhususan Matematik di England dahulu dan abah sebagai Doktor Homeopathy.

Oleh kerana ramai adik beradik, mak telah merekod suara mak dalam kaset radio, dan kami mainkan kaset tersebut berulang kali untuk mendengar bacaan yang betul sementara mak mengajar orang lain. Saya ingat ketika itu saya darjah 2 atau 3. Ketika itu awal 90an, manalah ada You Tube ke, video pun payah nak dapat. CD pun belum ada lagi, disket, kaset, radio adalah.

Begitu jugalah, walaupun emak bukanlah ustazah, tapi emaklah yang mentasmik hafazan kami setiap malam apabila kami rasa sudah lancar hafazan hinggalah kami semua menjadi AL-Hafiz.

Dan walaupun mak bukan hafizah, mak jugalah yang 'menebuk' bertanya soalan ayat Al-Quran untuk disambung ketika kami ada peperiksaan Al-Quran atau musabaqah Al-Quran.

dan kepada mak jugalah kami minta doakan supaya menang musabaqah hafazan AL-Quran.

Dan walaupun emak bukan hafizah dan ustazah, tapi maklah yang banyak membantu kami adik beradik di rumah hingga hampir ke semuanya menjadi Al-Hafiz dan memiliki sanad Al-Quran.

Emak bukan sahaja tempat rujukan Al-Quran, tapi semua subjek dari Bahasa Inggeriss hinggalah ke Fekah hinggalah rujukan untuk belajar memasak, menjahit dan mengait.

Begitu jugalah dengan abah yang menawarkan wang tunai rm300 bagi setiap juz yang kami hafaz sehingga sempurna 30 juz AL-Quran.

Bagi saya, walaupun anak-anak tahu bahawa ibu bapanya tidak mempuyai kemahiran apa yang dipelajarinya, namun ibu bapanya mempunyai 'kuasa' yang mampu menyelesaikan masalah dana kegusaran anak-anak.

Moga kita semua mampu memberikan memori mendidik dalam ingatan anak-anak ketika mereka dewasa, InsyaALLAH.

ALLAH BERKATI MAK DAN ABAH.

2 comments:

  1. Subhanallah! Beruntungnya puan memliki ibu yang begitu kuat usahanya demi mendapatkan anak2 solehah. Semoga saya juga boleh jadi seperti itu. Doakan ya! Allhuama amin

    ReplyDelete
  2. Subhanallah! Beruntungnya puan memliki ibu yang begitu kuat usahanya demi mendapatkan anak2 solehah. Semoga saya juga boleh jadi seperti itu. Doakan ya! Allhuama amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...