بسم الله الرحمن الرحيم
Pengalaman dan keinginan saya untuk mendidik anak dengan AL-Quran di usia sekolah rendah hampir sama dengan abah beberapa puluh tahun yang lalu, cumanya abah tidak mempunyai masalah dari segi kewangan.
Saya pula tidaklah mampu untuk menubuhkan tahfiz jika dilihat pada keupayaan kewangan, apa yang mampu ialah berkongsi idea, fikrah dan mengerah keringat mendidik ummah, InsyaALLAH. ALLAH kurniakanlah kepada kami kesabaran yang tinggi dan hikmah dalam mendidik ummah. amin ya rabb.
Pada awal persekolah kami dahulu, zaman 90an dulu, kami bersekolah di sekolah agama swasta di Melawati, kemudian ketika saya darjah 3 (kalau tak silap), abah dan beberapa rakannya yang lain menubuhkan sekolah rendah tahfiz. Anak muridnya kebanyakkannya saudara-mara, anak-anak rakan usrah abah. Tapi makin lama makin berkembang dan meluas.
Saya tidak pulak tanya kenapa abah tukar kami dari sekolah agama swasta dan pindahkan ke sekolah tahfiz sendiri. Kalau pernah saya tanyakan kepada abah ketika kecil dulu, saya tidak ingat jawapannya.
Abah bukanlah seorang ustaz dan berkelulusan agama. Abah adalah seorang doktor homeopathy tetapi sering mengikut aktiviti usrah masa kami kecil-kecil dahulu.
Saya juga masih ingat pernah ikut mak pergi usrah dulu.
Abah juga suka berkongsi dan bertanya perjalanan tahfiz sekarang ini.
InsyaALLAH jika kita ingin memuliakan agama ALLAH, InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan kepada kita. Amin.
No comments:
Post a Comment