بسم الله الرحمن الرحيم
Selalunya jika tahfiz, pelajar akan dinasihatkan supaya menghafaz dari sebuah Al-Quran sahaja dan tidak bertukar-tukar Al-Quran ketika menghafaz dan mengulang AL-Quran. Ini adalah supaya kita biasa dengan AL-Quran tersebut dan kita sedar dengan kesalahan yang ditanda di dalam Al-Quran.
Ketika pulang ke rumah di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu, saya terjumpa AL-Quran yang saya guna untuk mengulang dan menghafaz Al-Quran hampir 20 tahun yang lalu.
Al-Quran yang menjadi teman ketika belajar di Syria dulu juga.
|
pembalut AL-Quran ini telah banyak kali koyak dan bertukar.
Akhir sekali dibalut dengan kertas warna, berwarna kuning dan dibalut dengan plastik pula.
Saya pun tak ingat apakah pemikiran remaja yang saya fikirkan ketika itu hingga membalut Al-Quran ini dengan kertas warna (kuning pulak tu) beberapa tahun sebelum datang ke Syria lagi.
Tapi ada seorang sahabat dari America yang tinggal satu bilik di asrama di Syria dulu yang mengatakan bahawa dia sukakan Al-Quran 'kuning' ini kerana ia kelihatan lama, antik dan mempunyai nilai-nilai memori dan kenangan kepada pemiliknya. |
Al-Quran ini adalah hadiah lulus Juz Amma dari tahfiz pada tahun 1996. Hampir 20 tahun yang lalu. Boleh jadi bahan sejarah peribadi.
Tarikh, hari dan tempat khatam Al-Quran
|
Catatan tarikh khatam Al-Quran pada tahun 2005 (sepuluh tahun dah) ketika diSyria bulu |
|
Di tepi Al-Quran saya catat surah dan ayat yang hampir sama dengan ayat di dalam mukasurat tersebut |
|
penanda Al-Quran dari kad raya |
|
Belakang Penanda Al-Quran itu saya tulis doa Al-Quran yang kini jadi amalan para pelajar di tahfiz |
|
tanda-tanda kesalahan dan ayat yang lupa ketika menghafaz dan mengulang Al-Quran dulu |
Begitulah betapa pentingnya kita memiliki dan setia dengan satu Al-Quran sahaja ketika menghafaz dan mengulang Al-Quran supaya kita dapat ingat kesalahan kita pada setiap mukasurat dan kita juga punya banyak kenangan dan memori dengan Al-Quran tersebut.
No comments:
Post a Comment