Friday, October 23, 2015

Cabaran anak menghafaz Al-Quran dengan bertajwid

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat.

Selamat membaca Surah Al-Kahf.


Cabaran apabila anak-anak sudah menghafaz banyak surah-surah dalam AL-Quran ialah mereka akan suka 'pecut laju' ketika mengulang surah-surah lama.

Ini saya nampak terjadi kepada ramai penghafaz AL-Quran termasuklah Abdullah dan Abdul Rahman.

Namun ia bukanlah suatu perkara yang boleh dibiarkan begitu sahaja.

Tak boleh hafal dan ulang Al-Quran tanpa bertajwid!

Tak boleh ulang AL-Quran dengan speed!

Hafal Al-Quran MESTI dengan bertajwid, itulah yang selalu saya titipkan kepada anak-anak.

Jika dibiarkan dan dibiasakan mengulang AL-Quran dengan tidak bertajwid, nanti susah dan diperbaiki bacaannya bila sudah biasa baca dengan tidak bertajwid dan laju.


Video kali ini (dah lama tak rakam video, maaf tab juga tiada flash, jadi nampak gelaplah ye) adalah Abdullah (bulan 11 ni genap 8 tahun) yang mengulang Surah Al-Mudathir (yang telah lama dihafaznya) (sebelum diperdengarkan hafazannya kepada mama) dengan usaha dengan membacanya dengan perlahan dan bertajwid. Dirakam tanpa pengetahuannya.

Ada hari Abdullah juga suka mengulang dengan laju dan langgar segala panjang pendek dan hukum tajwid, namun bila sering ditegur, pada hari tersebut, dia beruasaha untuk baca dengan bertajwid.

Bila ditunjukkan video ini kepada Abdullah, dia rasa seronok dan bangga sebab bacaannya bagus dan minta ditunjukkan kepada baba (dengan malu-malu).



Alhamdulillah, moga anak-anak terus istiqamah dengan menghafaz Al-quran dengan memberikan hak-hak tajwid dan terus memahami AL-Quran, mentadabbur dan mengamalkannya. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...