Tuesday, October 13, 2015

Info buku: 60 kisah jenaka (nikmat membaca buku bersama anak anak)

بسم الله الرحمن الرحيم

 Buku kali ini saya pilih dan belikan untuk anak anak. Sebab utamanya ialah saya seakan akan mempunyai memori yang menyeronokkan terhadap buku jenaka.

Rasa dulu masa kecik kecik, seronok bila baca buku jenaka, berkongsi jenaka dengan mak dan adik beradik dan gelak kuat kuat beramai ramai.

Terapi!

Sekali sekala memang seronok begitu.


 Bila melihat buku jenaka ini,  teringin untuk membeli, membacanya dengan anak anak dan gelak beramai ramai.


Tetapi buku ini bukanlah buku jenaka bodoh, lawak bodoh. Tapi ia lawak pandai yang penuh maksud yang tersirat.

Sukar untuk gelak.

Hanya satu dua cerita sahaja yang kami boleh gelak.

Kisah kisah dalam buku ini penuh dengan pengajaran dan teladan.





Walau bagaimanapun Abdullah tetap bersemangat untuk membaca buku yang setebal 150 mukasurat ini sehingga ke helaian terakhir.

Pada waktu lapang, Abdullah akan membaca buku ini dengan suara kuat dan minta saya bergilir membaca buku ini dengannya dengan suara yang kuat.

Seorang 1 kisah.

Layankan saja sementara dia begitu semangat membaca hingga habis buku dan sementara dia bersikap comel membaca buku dengan suara kuat itu.


Satu detik yang indah, berharga dan nikmat yang disyukuri selalu.


Nanti bila dia dah besar, tentu momen2 seperti ini akan dirindui.



Saya juga puji dan seronok dengan semangat Abdullah membaca buku sehingga tamat.

Walaupun matanya terpejam, sudah mengantuk, dia tetap tunggu giliran saya selesaikan bacaan mukasurat yang terakhir.

Bila dah selesai, terus lena.

Mungkin puas hati dapat mengkhatamkan buku tersebut.


Lepas ni boleh kita sambung baca buku yang lain pula, insyaAllah.
Abdullah yang tekun membaca dan Abdul Rahman yang gigih melukis.


Allah suburkan rasa cinta membaca dan ilmu dalam hati kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...