Thursday, October 29, 2015

Melatih anak-anak membaca buku tanpa gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya dapat merasakan peningkatan prestasi membaca Abdullah dari masa ke semasa.

 InsyaALLAH bulan 11 nanti Abdullah akan masuk 7 tahun.

Untuk tahun ini, saya banyak mengajak dan memberi dorongan kepada Abdullah untuk membaca buku yang panjang-panjang, tanpa gambar.

Jika dahulu, dia cukup suka dengan buku yang berwarna-warni, lukisan yang besar, tulisan yang besar-besar seperti kanak-kanak lain, kini saya banyak biasakannya untuk membaca buku cerita hitam putih, kurang gambar dan banyak tulisan.

Alhamdulillah, anak-anak soleh ini mudah dibentuk dan diajar dengan syarat kita mesti bersama-sama mereka dan memberi galakan kepada mereka.

Untuk menggalakkan Abdullah membaca buku cerita tanpa gambar ini, Abdullah akan meminta saya bergilir-gilir membaca buku dengannya.

Abdullah satu mukasurat, dan saya satu mukasurat.

Baca dengan suara yang kuat.

Sambil baca mesti menguap, Abdullah akan mengajuk saya menguap dan gelak...huhuhu.

Abdullah juga sangat bersemangat untuk menghabiskan buku yang dibacanya hingga ke mukasurat terakhir.

Jika sudah habis baca Al-Quran lepas Maghrib, dia akan mengajak saya membaca buku bersamanya.


Antara buku yang telah selesai dibaca ialah:
Buku cerita 106 mukasurat

150 mukasurat


Buku cerita yang sedang dibaca bersama Abdullah sekarang ialah:


165 mukasurat


Moga selepas ini, anak-anak rajin membaca kitab-kitab dan buku-buku yang sarat dengan ilmu pula, InsyaALLAH.

Alhamdulillah.

Allah suburkan minat membaca dan menuntut ilmu dalam diri kami semua.


2 comments:

  1. Bagus tu. Latihan awal untuk anak-anak membaca.

    ReplyDelete
  2. Alhmadulillah, well done Abdullah... one step forward in reading :)

    Bila kita duk isi masa palang dgn buku2, saya boleh tengok yg anak2 pun akan tiru juga apa yg kita buat... Insya Allah sama-sama kita suburkan budaya ilmu dalam keluarga kecil kita :)

    Cuma sekarang saya duk cari idea mcm mana nak galakkan anak2 baca buku Bahasa Melayu... hurmm, ada idea ustazah? Kot2 ustazah boleh kongsikan buku bergambar apa yg ustazah ada belikan utk Abdullah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...