بسم الله الرحمن الرحيم
Buku yang diidam-idamkan ini saya beli ketika jualan murah mycybersale.
Dibeli di web mphonline. Dengan diskaun 20% untuk semua buku dan penghantaran percuma mampu menyebabkan 'gila' untuk memborong buku-buku. Tapi apakan daya, duit belanja bulan itu dihabiskan untuk bayar yuran phD semester itu.
Pujuklah hati moga ada keberkatan bila berhabis duit untuk ilmu. InsyaAllah jika ada rezeki, boleh beli lagi banyak buku lain kali.
Dengan bajet bawah rm70, inilah antara buku yang dipilih.
Buku ini saya selesai membacanya dalam masa 2 malam. Alkisahnya, bila mengikut suami menginap di chalet di Lata Bayu selama 2 malam untuk program perkhemahan sekolah. Di sana tiada line internet, jadi banyaklah masa terluang.
Jika ada internet, mesti sudah dibawa laptop untuk menulis tesis. Tanpa internet, agak sukar untuk mencari bahan rujukan...huhu...
Masa yang ada di chalet banyak terluang, banyaklah terkenang baju-baju kotor yang boleh dibasuh dan dikemaskan jika berada dirumah. Teringat juga tesis yang boleh ditulis jika berada di rumah.
Jadi, masa yang terluang digunakan untuk membaca buku ini bersungguh-sungguh.
Penulis yang banyak menulis tentang isu-isu kewanitaan dan rumah tangga.
Buku ini banyak menimbulkan keinsafan dan memberi kesedaran tentang:
1. Kasih sayang dan ketaatan kepada suami kerana Allah Taala
2. Mendidik anak-anak dengan berhikmah
3. Batas aurat dan etika pemakaian wanita dalam Islam
4. Teladan dari kisah-kisah semasa dan kisah-kisah lampau.
5. Memahami cinta hakiki dan bukan hanya cinta nafsu sahaja.
6. Tips-tips yang berguna dalam kehidupan dan rumah tangga.
7. Jawapan-jawapan bagi permasalahan dan krisis rumahtangga.
Penulis juga menghidangkan ilmu dalam buku ini secara santai dengan membawakan kisah-kisah yang santai tetapi tersirat pengajaran disebaliknya.
Bagi saya, buku ini mampu memberi keinsafan kepada yang bergelar isteri dan ibu, menyemai kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
Sangat disarankan kepada wanita samada yang sudah berumahtangga ataupun belum untuk membaca dan menghayati buku ini.
No comments:
Post a Comment