Thursday, November 5, 2015

Nilai segulung PhD ?!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini (saat entri ini ditulis, bukan saat entri ini dipublish) saya terbaca post ini di dalam Facebook.






Membuatkan diri ini muhasabah semula niat asal ingin membuat PhD.

Sebelum saya mendaftarkan diri untuk menyambung phD, saya meminta pandangan suami, keluarga dan mertua.

Abah kata:
"Buat lee..."

Mak dan ayah mertua pula sangat memberikan sokongan, siap bagi tunjuk ajar tolong isikan borang lagi

Saya juga memohon petunjuk dari Allah dan Solat Istikharah moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik, InsyaALLAH.

Niat asal ingin membuat phD:

1- Ingin terus disiplin menelaah kitab-kitab.
Kerana kalau tidak menulis bahas, kurang sedikit aktiviti menelaah kitab.

Banyak membaca buku-buku yang disukai dalam Bahasa Malaysia sahaja. Kitab-kitab Bahasa Arab jarang dibuka bila tidak membuat tesis.

2- Ingin terus menambah ilmu, meneliti dan memahami ayat-ayat Al-Quran.

Oleh kerana MA dan PhD saya bawah Kuliah Usuluddin dalam bahagian Ilmu Al-Quran dan Tafsir, maka banyak kitab tafsir yang perlu dibaca, dibaca dan dibaca.


Makin banyak kitab tafsir yang dibaca, makin bertambah faham dan tadabbur Al-Quran.

Moga-moga makin bertambah ilmu.

3- Ingin memberi manfaat kepada masyarakat.

Harapan dan doa saya juga ketika awal mengisi borang pendaftaran phD, saya harap ilmu yang didapati sepanjang proses menulis tesis ini dapat dimanfaatkan kepada diri sendiri dan juga kepada masyarakat, InsyaAllah.


Namun jalan untuk menyiapkan tesis tidaklah mudah.

Bila kena reject.

Bila tiada idea.

Bila tiada masa.

Bila tiada tenaga.

Bila tiada mood.

=(

Sentiasa berdoa dan memohon doa agar dimudahkan segala urusan untuk menyiapkan tesis ini InsyaALLAH.

Moga ALLAH subhanahu wa taala menilai usaha ini di sisiNya dan tidak menjadikannya sia-sia sahaja di sisiNya.




Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah! 


Mohon pembaca blog ini juga turut mendoakan kami agar dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Amin

1 comment:

  1. Semoga Allah mempermudahkan urusan PhD ustazah... Insya Allah, ustazah dapat habiskan dgn jayanya :)

    Tapi memang benar pun.... lagi kita baca jurnal berkaitan bidang penyelidikan, lagi kita rasa tak cukup ilmu... betapa sikitnya ilmu yang saya ada... banyaknya yang saya tak tahu dan saya perlu belajar...

    Tapi itulah lumrah buat PhD... kadang2 rasa down bila tak dapat cari penyelesaian, rasa keseorang bila tiada orang faham tentang penyelidikan yang kita buat... Tapi kita untung sebab boleh mengadu pada Nya, yang sentiasa mendengar rintihan dan memperkenankan doa hamba Nya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...