Thursday, December 3, 2015

Gadjet memudahkan penulisan

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya suka menggunakan gadjet yang boleh memudahkan urusan saya untuk menulis, samada menulis buku, tesis atau entri di dalam blog.

Tetapi tidak pula sentiasa mencari-cari yang tercanggih dan terkini. 
Jika ada, Alhamdulillah, jika tiada, guna sahaja laptop atau sebarang alat yang sedia ada.

Untuk masa sekarang, inilah gadjet yang memudahkan saya untuk menulis bila-bila masa dan dalam apa sahaja keadaan.

Kehadirannya memudahkan urusan menulis, samada terjaga di tengah malam, ketika penat dan tidak larat, sambil berbaring dan santai pun boleh menulis, mencurah idea.

Walaupun tidaklah terlalu up to date (tak terkejar gadjet-gadjet yang baru keluar yang lebih canggih), tetapi yang penting ia memudahkan urusan dan membantu untuk terus mengajar di mana sahaja.

Samsung tab yang memudahkan urusan menulis 

Hanya menggunakan aplikasi ringkas, memo sahaja.

Hasil tulisan ditulis tanpa perlu on laptop dan boleh menulis bila-bila masa
walaupun dalam keadaan tak larat nak bangkit duduk

Urusan menulis kini menjadi lebih mudah.
Bila selesai, boleh copy and paste terus dalam blog atau saluran lain
yang diperlukan


Alhamdulillah, Moga kemudahan yang ada ini dapat membuatkan kita lebih semangat untuk menuntut ilmu, menyampaikan ilmu dan memberi manfaat dan inspirasi kepada masyarakat. 

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...