Wednesday, May 10, 2017

Japanese Cotton Cheese Cupcake.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun tidur pagi hujung minggu dalam keadaan lapar. Teringat Japanese Cotton Cheese Cupcake yang lama sangat tak buat. 

Memang ada terfikir nak buat, tapi tak jadi-jadi lagi.

Hari itu, azam sepenuh hati nak buat juga kek tersebut.

Tengahari beli bahan-bahan. Petang ketika Ahmad Zaid tidur, baru boleh buat.

Abdullah dan Abdul Rahman memang dari tengahari dok ulang tanya bila kita nak buat kek?

Terasa senangnya alahai.... bila anak dua orang ini menolong di dapur.

Terasa lain juga apabila mereka telah besar menolong di dapur.

Dulu mereka kecil, tak banyak yang boleh dibantu, sekarang senang kerja apabila banyak perkara yang mereka boleh buat.

Kerja membuat kek pun makin senang.

Diterang juga beberapa perkara kepada mereka.

"Tepung perlu diayak agar lebih ringan."

" Maringue yang menjadi yang tidak akan tumpah walaupun kita terbalikkan."

Tidak terfikir pun untuk tangkap gambar mereka dan kongsikan dalam media sosial kerana dibimbangi mereka segan kerana sudah besar dan menolong di dapur.

Tapi Abdullah dan Abdul Rahman pula yang berkata:
"Mama tangkaplah gambar kami, nanti masukkan dalam blog."


Mereka berdua memang selalu membaca blog ini. Mereka sangat seronok membaca sejarah hidup mereka yang mungkin mereka telah lupa sebahagiannya, tetapi dicatit dalam blog ini.

Alhamdulillah. Syukur sangat rasa apabila melihat mereka seronok membaca blog ini.

Resepi kek ini diambil dari BLOG Puan Naimatul Hafizah Nor Rodin
Dari pertama kali buat kek ini (zaman salin resepi atas kertas) sampai sekarang (zaman bawak handphone -resepi) ke dapur, inilah resepi yang digunakan, Alhamdulillah resepi yang senang dan menjadi...

Alhamdulillah
Inilah faedahnya menulis blog, insyaAllah ada orang yang menfaat dari tulisan kita. InsyaAllah juga ia menjadi pemberat amalan kebaikan kita di akhirat sana.
Amin.

Kenangan kami membuat kek ini pada tahun 2013 boleh dibaca DISINI




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...