Thursday, May 25, 2017

Faedah kemahiran memasak bagi kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu masa dahulu, pernah terdetik dalam hati saya kerisauan jika anak-anak tidak tahu masak.

Macammana nak belajar di luar negara jika tak reti masak... hahaha (dahsyat betul kerisauan mak-mak ni ya?)

Namun anak-anak suka menunjukkan minat di dapur.

Membuat resepi-resepi mudah seperti Ais Krim Malaysia, Milkshake, Jus buah-buahan dan lain-lain.

Namun pada hari saya membuat Japanese Cotton Cheese Cupcake (pernah ditulis DI SINI), anak-anak menunjukkan minat dan semangat berkobar-kobar untuk membantu di dapur.



Beberapa hari selepas itu, mereka menunjukkan minat untuk memasak sendiri di dapur menggunakan resepi yang disalin dan ditonton dari internet.

"Mama, abang nak buat Tat Telur. Mama tolong carikan resepinya ya?" Kata Abang Abbudey.

Saya akan mencarikan resepinya beserta video cara pembuatannya agar mereka mendapat gambaran untuk membuatnya.


Bagi saya tiada keaibannya apabila anak-anak lelaki tahu memasak. 

Ia bukanlah kerja khusus orang perempuan.

Malah ia mempunyai banyak faedah:
Mereka juga belajar bersabar dalam urusan memasak.

Belajar mengawal peralatan memasak dan kegunaannya.

Belajar menjaga kebersihan ketika memasak dan selepasnya.

Belajar berusaha  dan bersabar untuk menghasilkan sesuatu.

Belajar menyukat dan mengikut arahan.

Dan banyaaaakkk lagi ilmu yang diperolehi dari proses memasak


Tidak perlu dirisaukan jika dengan minat memasak, mereka akan menjadi 'lembut'... Ramai sahaja orang dan saudara lelaki dekat kami yang mahir memasak hingga dijadikan perniagaan tetapi sama sekali tidak 'lembut'.


Alhamdulillah.

Ia adalah minat dan kemahiran yang banyak manfaatnya.

Malahan juga betapa banyak hati yang tertawan kerana makanan yang sedap. Hatta makanan yang sedap juga dapat menawan hati musuh.

InsyaALLAH ada keberkatannya.

Amin.

Semoga ALLAH redha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...