Thursday, May 4, 2017

Perkembangan 1 tahun 4 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

**Catatan ini adalah untuk merekod memori ketika anak-anak masih kecil yang pasti akan dirindui pada masa akan datang.

Ketika entri ini ditulis, usia Ahmad Zaid hampir 1 tahun 4 bulan. Perkiraan umur dan bulan ini hanya rajin ketika anak usia setahun dua sahaja...Lepas tu lebih banyak kira usia tahun sahaja.

Jarang orang sebut anaknya berusia 9 tahun 7 bulan.... Biasanya orang hanya sebut tahun sahaja bila dah besar.

Mungkin kerana perkembangan bayi yang amat pesat dan jauh berbeza (dari segi fizikal dan kemahiran lain)  dari sebulan ke sebulan, itu yang disebut bulan-bulan sekali.

Namun akan sampai tahap hingga pula terus usia anak termasuk usia sendiri. Keliru dengan nombor dan umur (sayalah tu, bukan orang lain). Masuk umur 20, dah berhenti kira umur.

Jika orang tanya umur, jenuh ingat semula berapa usia sendiri dengan ragu-ragu.

Begitu juga bila orang sebut umur mereka, terfikir pula usia kita samakah dengan usia mereka.


Sebagai contoh, orang sebut umurnya 30 tahun, secara automatik, dalam otak terfikir:
"Umur aku 30 jugak ke?"

Mungkin pelik, tapi itulah yang berlaku.

Dan saya juga ada melihat beberapa orang lain mempunyai fesyen semacam ini. Fesyen dah lama berhenti kira umur.

Kembali kepada tajuk di atas.

Ketika usia ini, Ahmad Zaid sudah faham beberapa perkara:

1- Suruh boleh membuang sampah dalam tong sampah

2- Boleh letak baju kotor dalam bakulnya

3- Suka meniru. Orang baca Quran dia pun nak baca Al-Quran. Orang mop lantai, dia pun nak mop jugak (sehingga kami beli 1 mop lebih yang lebih rendah untuk Ahmad Zaid.) Jika tidak bagi, Ahmad Zaid akan menjerit menangis.

Satu lagi kegemaran Ahmad Zaid ialah makan berjemaah (menggunakan dulang)
Masih perlu dilatih makan dengan tangan kanan.
Suka kacau-kacau


4- Sudah pandai menjaga kelakuan dan ikut baba dan abang-abang pergi solat di Masjid.

5- Sudah ikut mendengar kuliah di masjid, namun adakalanya dia moody dan berlari di dalam masjid (Jika dia nampak masjid luas dan orang tidak ramai, kemain semangat berlari dalam masjid yang luas, tak padan dengan kecik.)


6- Perkataan yang boleh disebut sekarang ialah:

"Nekkkk" (Nak- Sambil jari tunjuk barnag yang dia mahu)

"Kak" (Bukak- Sambil memberikan botol yang dia tidak boleh buka)

"Kannn" (Syukran- Ahmad sebut selepas orang bagi barang kepadanya, kerana kami latih selepas orang bagi barang, disebut syukran)

"Kwaq" (Keluar -Sambil tunjuk pintu)

Dalam usia ini, Ahmad Zaid sangat suka makan pisang.

Bila Ahmad ke dapur, dia akan tunjuk pisang di atas kabinet, dan jerit:
"Nekkkk.."

Apabila dibukakan pisang, tangan kanan dia kami berikan pisang dan tangan kirinya diberikan kulit pisang dan disuruh Ahmad Zaid supaya buang kulit pisang dalam tong sampah.

Ahmad Zaid akan buang kulit pisang dalam tong sampah.

Satu kemahiran yang baru dipelajarinya sejak beberapa hari ini

Kami perlu dilatih makan dengan tangan kanan.

Abang-abang yang rajin melayan Ahmad Zaid


6- Sangat suka nak ajak baba pergi keluar rumah berjalan. Jika baba pergi keluar dan tidak membawa Ahmad Zaid, pasti drama sayu penuh air mata akan berlaku...Alahai...kesiannnya!

Allah peliharalah kita semua dan jadikanlah anak-anak kita pejuang Agama Islam yang berbakti untuk Islam.

Amin Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...