بسم الله الرحمن الرحيم
Mendapat ibu yang dibesarkan dalam suasana bandar dan ayah yang dibesarkan dalam suasana kampung, kemudian anak-anak yang membesar di kawasan taman perumahan yang tak berapa bandar dan tak berapa kampung sangat dapat memberi banyak info dan gabungan pelbagai maklumat.
Contohnya seperti rumput kemuncup.
Musim hujan ini rumput kemuncup naik dengan banyaknya.
Sejak kecil, apa yang saya tahu tentang rumput kemuncup ialah:
"Mesti dielak dan jangan lalu jika ada kemuncup, jenuh nak tanggalkan satu-satu daun kemuncup yang melekat di baju.:"
"Eeee buat apa tu?!"
Itulah pertanyaan saya ketika pertama kali melihat situasi di bawah ini...
Tidak pernah lagi seumur hidup saya melihat orang bermain dan berlawan dengan daun kemuncup ini.
"Kami selalu lawan macam ni masa kecik-kecik dulu." Cerita baba.
Satu info (ilmu) yang baru untuk saya dan terus mengubah persepsi saya tentang kemuncup yang selalu saya jauhkan diri daripadanya. Rupa-rupanya ia juga adalah tumbuhan yang menyeronokkan.!
Saya dapat kaitkan peristiwa ini dengan apa yang kita ketahui dan ilmu kita.
Adakalanya apa yang kita tahu (persepsi dan ilmu kita) pasti akan berubah apabila datang pula ilmu yang baru yang kita perolehi dengan peredaran masa dan pertambahan ilmu dan pengalaman.
Janganlah kita menganggap diri kita sudap habis pandai dan sudah memiliki begitu banyak ilmu.
Jangan pula kita terlalu taksub dengan prinsip sendiri sehingga menghina orang lain, takut kelak kita yang sendiri akan terhina.
Nauuzubillahi min zalik.
Semoga kita semua dalam peliharaan Allah.
No comments:
Post a Comment