بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila Abdullah menulis bahawa dia mengulang hafazan sehari 15 muka surat dan Abdul Rahman mengulang hafazan sehari 20 muka surat di entri ini:
Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa ia adalah banyak.
Tetapi bagi mereka yang menghafaz al-quran, ulangan sebanyak itu adalah perlu dilakukan untuk menjaga hafazan Al Quran supaya tidak lupa.
Abdullah sekarang sudah menghafal 15 juzu' dan Abdul Rahman pula sudah menghafal 20 juzuk, jadi mereka perlu mengulang hafazan sebanyak 15 muka surat dan 20 muka surat untuk Abdul Rahman supaya apa yang telah mereka hafal tidak lupa.
Anak tetap diberi peluang untuk keluar bermain setiap petang. Mereka mengulang hafazan dan tasmik selepas Maghrib. |
Sebenarnya untuk mengulang 20 muka surat sehari memang banyak, namun mereka diberikan secara berperingkat-peringkat sejak dari awal tahun dahulu.
Berikut adalah rekod ulangan hafazan Abang Abdul Rahman (11 tahun):
Januari 2017 Ulangan:10 mukasurat sehari |
Februari 2017 Ulangan:10 mukasurat sehari |
Mac 2017 Ulangan:15 mukasurat sehari pada awal bulan dinaikkan 20 mukasurat sehari pada hujung bulan |
April 2017 Ulangan:20 mukasurat sehari |
Mereka hanya mengulang satu muka surat, 2, 3 muka sahaja sehari. Namun apabila hafazan mereka makin bertambah banyak, maka ulangan hafazan setiap hari juga ditambahkan sedikit demi sedikit.
Malahan juga apabila ditambah muka surat ulangan hafazan, tidak lupa diberikan hadiah kepada mereka agar mereka merasa seronok dan bersungguh-sungguh untuk menghafal al-quran.
Dan ini pula rekod ulangan hafazan Abdullah (9 tahun):
Januari 2017 Ulangan:10 mukasurat sehari |
Februari 2017 Ulangan:10 mukasurat sehari |
Mac 2017 Ulangan:10 mukasurat sehari dan dinaikkan 12 mukasurat sehari pada hujung bulan |
April 2017 Ulangan:15 mukasurat sehari |
Semoga Allah menetapkan al-quran di dalam hati mereka, menjadikan ia seiring dengan akhlak mereka, menyelamatkan mereka dari fitnah dunia dan syafaat di akhirat sana....
Allahumma amin
No comments:
Post a Comment