بسم الله الرحمن الرحيم
"اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنِ الْمُسْلِمِينَ وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَائِهِم."
(Maksud doa: Ya Allah, hapuskanlah kesukaran orang Muslimin dan menangkanlah mereka terhadap musuh mereka .)
Itulah antara doa yang dibaca oleh Abang Abbudey selepas Solat Isyak berjemaah.
"Mama tau tak kenapa abang baca doa tadi tu?" Abdul Rahman memulakan bicara.
"Tak tau."
"Sebab
itu amanah Sheikh Muwaffaq masa abang pi kuliah sheikh dengan baba bulan lepas kat Tahfiz INTAN. Sheikh suruh kita baca doa ni selepas setiap kali solat. Mama
jangan lupa baca tau. Amanah ni." Cerita Abang Abbudey sambil
menyampaikan amanah sheikh.
Kenangan bersama Sheikh Muwaffaq pada bulan lepas |
Ya
Allah moga-moga usaha untuk mencipta suasana yang soleh dengan sentiasa
mendekatkan anak-anak dengan ilmu, ulamak dan orang-orang soleh ini
dapat membentuk remaja, pemuda dan masyarakat yang bertaqwa. Amin...
Beberapa catatan kenangan lalu bersama Sheikh Muwaffaq boleh dibaca dalam entri di sini:
https://www.facebook.com/maahadaliman/
No comments:
Post a Comment