Saturday, June 8, 2013

Bercuti di Kota Kinabalu Sabah (episod 1) : Hotel bercirikan Islam di Kota Kinabalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah....syukur dipanjat kepada ALLAH SWT kerana telah merealisasikan plan dan rancangan kami dengan baik dan selamat semuanya. Alhamdulillah.. syukur.

Pada 1 Jun 2013 hingga 4 Jun 2013, kami sekeluarga berada di Kota Kinabalu, Sabah.

ALhamdulillah. semuanya berjalan lancar dan selamat.  
Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan.

Antara sebab kami berangkat ke Sabah ialah ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Sedikit catatan dan photo sepanjang kami berada di Sabah akan saya tulis dalam beberapa episod dalam blog ini, InsyaALLAH.

Jadual perjalanan kami pada (1/6/2013) dari Penang Ke KLIA. Tukar Kapal Terbang Ke KK, transit setengah jam di Tawau. (Wah, rasa macam naik bas 'lompat2' la pulak.).

Keluar rumah pukul 4 pagi dan sampai di Sabah pukul 1 tengahari

Menunggu dan menanti

Abdullah yang lena sepanjang perjalanan dari KL ke KK

Ubah posisi adik untuk keselesaan Abang Abbudey (main HP baba)

Hasil kerja Abang Abbudey sepanjang dalam kapal terbang:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Sampai di Sabah, kami dibawa ke Hotel Tabung Haji D'Bayu Sabah, di Sembulan, Kota Kinabalu

Di Lobi Hotel Tabung Haji D'Bayu
Menanti baba menguruskan check in hotel

Sampai terlena Abang Abbudey di kusyen lobi hotel tu,
 ditambah dengan air cond yg nyaman di lobi tu,
lagi2 pulak dia langsung tak tidur sepanjang dari Kedah ke Sabah.

Alhamdulillah, saya puji dan kami sukakan penginapan Hotel Tabung Haji D'Bayu Sabah.
Antara sebab2nya ialah kerana:

1- Bilik yang bersih dan amat selesa (baru renovate) 
Bilik yang besar

Alhamdulillah, selesa untuk anak2 berlatih 'melompat jauh'.
asyik melompat antara tiga-tiga katil tu.
2- Penuh dengan ciri2 Islam
1st time tengok hotel yang sediakan pakaian2 untuk solat,  Telekung, sejadah, kain pelekat dan kopiah.
Biasanya kalau ada pun hotel cuma sediakan sejadah sahaja.
jadi, takde alasan untuk tinggalkan solat.
MasyaALLAH
Satu lagi yang saya amat suka ialah, doa2 yang dilekatkan dalam bilik tersebut. MasyaALLAH. Amat kagum.

Doa masuk dan keluar tandas ditampal di luar tandas

doa pakai dan buka pakaian

3- Staf muslim (termasuk tukang masak) dan menutup aurat

point ni sangat penting kerana terdapat hotel yang tukang masaknya non-muslim dan kita pun tak tahu sejauh mana bersih dan halalnya hidangan mereka. Hati2. Makanan itu menjadi daging dalam tubuh badan kita.

 Bila staf2 hotel menutup aurat, kita pun terjagalah pandangan dan kuranglah dosa mata, InsyaALLAH. Anak2 pun dididik dengan mengamalkan Islam di mana2 sekalipun.

Hatta alunan yg dipasang dalam hotel ini adalah nasyid2 sahaja.

Tetamu2nya pun kebanyakkannya Muslim dan menutup aurat. ALhamdulillah suasana yang sangat damai dan menyenangkan hati. ALhamdulillah.

tandas yang bersih 

di tepi katil

di pintu bilik

4- Harga yang OK. takdelah mahal sangat, yang penting nilai2 keislaman itu dapat menjaga kita sekeluarga. (lebih2 lagi anak2 kecil yang nak belajar macam2)

Pemandangan di luar tingkap,
bertentangan dengan bangunan Petronas


Di Cafe Hotel
Sibuk membelek pokok kurma tu betul ke tidak



Bismillah
Sedia untuk sarapan.
ambil yang nak makan sahaja, jangan membazir.

menunggu lif

sangat suka tekan butang lif



sarapan lagi
bergambar dengan iklan diri sendiri di luar hotel Tabung Haji D'Bayu Sabah

Inilah iklannya

P/S: 'penyakit' malu untuk rakam dan tangkap gambar ketika program masih sukar dihakis. Tangkap gambar menyorok2, lepas tu, tengok2 x clear langsung.

(lepas habis program, selalu rasa rugi sebab tiada gambar dan rakaman yang boleh disimpan untuk kenangan dan harap ada orang send gambar program...dahsyat punya perangai! huhu...)


InsyaAllah bersambung lagi pada entri yang akan datang


TEMPAT MENARIK DI SABAH

Thursday, June 6, 2013

Info Buku: Akhlak Anak Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini akan bercerita tentang buku cerita yang sangat  bagus untuk anak2.

buku cerita kali ini amatkah comel dan penuh warna-warni. Dengan tajuk cerita yang berkaitan dengan dunia harian kanak2, buku ini mampu memberikan teladan dan contoh yang baik kepada anak2.

Inilah bukunya:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

comel je kan lukisannya
anda boleh belinya secara online DI SINI

penulis hebat yg ku kenali

harganya;
RM 31.90

penerbitnya

muka belakang

dua tajuk cerita di dalam

lukisan yg comel
mengingatkan saya kepada buku tiga bahasa yang kami miliki.
saya pernah tulis ulasannya DI SINI




Anas tidak mahu berkongsi
(topik yang biasa berlaku dalam dunia kanak2)

ada kamus 3 bahasa

Abdullah yg khusyuk membaca

terdapat juga doa2 yang berkaitan dengan tajuk cerita di dalamnya




Wednesday, June 5, 2013

WW : Jadual Tugasan Kebersihan Rumah. Oleh: Abdul Rahman Bin Amri

بسم الله الرحمن الرحيم


Tuesday, June 4, 2013

Musim cuti: Masa untuk ajar anak2 buat kerja2 rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Musim cuti sudah makin hampir ke penghujungnya. Musim cuti ini sebenarnya adalah peluang untuk sama2 gotong royong dengan anak2 di rumah.

Oleh kerana Abang Abbudey sudah biasa melakukan tugasan kebersihan di sekolah, jadi tak sukar untuk minta Abang Abbudey tolong2 bersihkan rumah.

Jadi mudahlah kerja bila ada anak2 yg tolong sapu sampah, sapu habuk, mop lantai, buang sampah, tukar plastik sampah, basuh pinggan dan lain2 lagi.

Abang Abbudey cuba utk bersihkan habuk kipas biliknya, tapi x sampai.

adik menunjukkan skillnya  menyapu sampah


Kerana kalau tidak disuruh, dilatih dan diajar sekarang, perkara yang mudah seperti kutip sampah, tukar plastik sampah, tiada siapa yang nak buat.

Jadi, dari kecil inilah patut dilatih buat kerja seperti itu, lagi2 time cuti ni byk masa yg terluang. Ajar menjadi orang yang bersih dan sukakan kebersihan

sgt rajin sampai aquarium pun nak sapu habuknya....sampai bertempiaran ikan2 lari ketakutan.
huuhu

bersihkan ruang tamu.
lepas tu mop pulak

Alhamdulillah...
senangnya rasa (hati) sebab ada pembantu tolong kemas rumah
=)

Biarlah sama2 membersihkan rumah, barulah rasa seronok dan bekerjasama. Nanti anak2 akan sayang nak buat sepah sebab mereka yg kemas rumah bg bersih.

ada kalanya tolong2 di dapur.
banyak ilmu yg boleh diajar dari dapur

ALhamdulillah.......

Sunday, June 2, 2013

2 jam penantian

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jumaat yang lalu, saya dan Abdullah ikut menghabiskan masa bersama-sama selama 2 jam dalam kereta.

Ini kerana kami sekeluarga ingin pergi ke kenduri selepas Solat Jumaat dan baba ada tazkirah senelum Solat Jumaat, khutbah dan jadi imam Solat Jumaat.

Jadi, saya dan Abdullah duduk dalam kereta untuk menunggu baba (Abang Abbudey pergi dengan tok wan).

Jom tengok apa yang Abdullah lakukan selama 2 jam menunggu dalam kereta.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


saya siap sedia dengan buku2 ini untuk aktiviti ABdullah dalam tempoh menunggu
+ roti canai dan susu.

Tempoh menunggu seperti ini perlukan persediaan yang rapi supaya anak tidak mengamuk sebab
jemu menunggu


Abdullah tertarik dengan aktiviti dalam buku AULAD yang terbaru.

mukasurat pertama.

Majalah AULAD adalah majalah pilihan keluarga kami.
Amat bagus dan bersesuaian untuk kanak-kanak.
Di sini saya kongsikan pengalaman anak2 dengan Majalah AULAD sebelum2 ini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/search/label/Majalah%20AULAD%20yang%20best%20%3D%29

aktiviti ke-2.
dengan senyuman

aktiviti ke-3
Alhamdulillah dia sangat sukakannya

 jemaah mula memenuhi ruang masjid

aktiviti ke-4

diselang selikan dengan menonton kartun  arab kesukaannya
القطة الضائعة
(Kucing yang hilang)

Abdullah adalah pencinta kucing
(baca di sini)
Anda boleh tonton kartun yang menyayat hati ini di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=J-FOGZqgd00


Diselang seli juga dengan permintaan mama supaya ABdullah baca Al-Quran dahulu
=)

Aktiviti yg ke-5

aktiviti ke-6
(mencari perbezaan dalam dua gambar)

peneman saya selama 2 jam

Alhamdulillah selamat penantian 2 jam tanpa adegan mengamuk.... =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...