Tuesday, July 14, 2009

KENAPA ABDUL RAHMAN N ABDULLAH?

Ramai org (termasuklah adik beradik, mak n abah) pernah bertya knapa aku letak nama anak, Abdul Rahman n Abdullah? Nape x letak Abdul Rahim ke? Lg2 pulak bila nama abg ipar aku yg jd dr.homeopathi kat SP pon namanya Abdullah.. sllnya aku hya menjawab “saje..” sbb mls nak jawab panjang…




ABDULLAH YANG MURAH SENYUMAN (dengan org yg dikenali...)


Abg aku kata : “Hang letaklah nama Habiburrahman ka..Kan Aishah suka nama Habib.” Tapi pikir2 balik, nnt ada org ingat aku ni peminat fanatik penulis novel dr Indonesia.


ABDUL RAHMAN YG PUNYA PELBAGAI RAGAM!


Dan sblm lahirnya Abdul Rahman, org rumah aku igt nak tambah 5 huruf lg untuk nama Abdul Rahman yg dah sedia panjang… Tp, setelah berlakunya tawar-menawar yang berpanjangan, keputusannya, nama MUHAMMAD HABIB ABDULRAHMAN dimansuhkan dan diganti dengan nama MUHAMMAD ABDUL RAHMAN.



Dari sebelum aku kawin lg, aku byk kali terbaca hadis ini:

روينا في صحيح مسلم، عن ابن عمر رضي اللّه عنهما قال‏:‏
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم‏:‏ ‏ «‏إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ »

‏ مسلم ‏(‏2132‏)‏ ، وأبو داود ‏(‏4949‏)‏ ، والترمذي ‏(‏2835)

Maksudnya:

Daripada Ibnu Umar RA berkata: Bersabda Rasulullah SAW: ((Sesungguhnya nama-nama kamu yang PALING DISUKAI ALLAH AZZAWALLA ialah Abdullah dan AbdulRahman.))


-CERIA, TANPA MASALAH.-


Hadis ini adalah hadis Sahih yg byk kali aku dah lalui dan baca dalam Kitab Al-Azkar, Tarbiatul Aulad, Sahih Bukahri n Muslim dan byk lagi. Dari situ aku mmg berazam untuk meletakkan nama anak aku dgn NAMA YG DISUKAI ALLAH.



Alasannya: agar mereka menjadi hamba yg mencintai Allah dan dicintaiNya bersempena dengan nama mereka yg disukai Allah. Dan dengan harapan agar mereka sentiasa CEMERLANG di dunia dan di akhirat.



Satu lagi perhatian aku dalam meletakkan nama anak2 aku nie, aku nak nama MUHAMMAD ditulis penuh, bkn hya MOHD. Bg pandgn aku, bila hya ltk MOHD shj, ia ibarat sje nak letak n mcm endah x endah.


Nama Muhammad ditambah dibelakang nama Abdul Rahman n Abdullah adalah kerana hasrat aku agar mereka mengenali Nabi SAW, mencintai baginda dan dicintai baginda SAW.


Itulah kisahnya di sebalik nama kedua ‘hero’ aku yg kian membesar skrg.

3 comments:

  1. Insya Allah,anak-anak soleh ni macam umi dan walidnya.

    kak ummu

    ReplyDelete
  2. Insya Allah,anak-anak soleh ni macam umi dan walidnya.

    kak ummu

    ReplyDelete
  3. Amin.. moga menjadi lebih soleh....InsyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...