Sunday, July 5, 2009

PESAN BUAT WANITA (eh silap!) BUAT LIDAH….


LIDAH adalah satu nikmat Allah kurnia kepada manusia yang mencabangkan sejuta nikmat… Setiap detik kita mengecap nikmat Lidah yg Allah anugerahkan. Klulah ditakdirkan kita lahir xde lidah…tentu cacat khidupan seharian kita.. x boleh nak berkata2, x boleh nk bgtau org apa yg kita nak, x boleh nak ckp kita sakit kcualilah slps kita berpenat lelah bljr bhs isyarat.

Kalau nak berbicara tentang LIDAH mmg x kesudahan. Mcmana kata2 yg dituturkan oleh lidah yg x kesudahan kecuali bila mati…

Terdapat satu kata2 dlm Bahasa Arab:

اللِّسان إما يجر الإنسان إلى الجنة أو إلى النار

Maksudnya: Lidah itu samada akan mengheret manusia ke syurga atau ke neraka..

Ya. Lidah bak pisau dua mata. Boleh memberi kebaikan n membinasakn manusia itu sendiri.

Perhatikanlah kata2 seorang penyair:

يموت الفتى مـن عثـرة بلسانـه *** وليس يموت المرء من عثرة الرجل

Binasa seseorang itu kerana lidahnya yang tergelincir #

Dan bukan seseorang itu binasa kerana kakinya yang tergelincir #

MAKSUD GAMBAR: LIDAH, NIKMAT ATAU BALA??

LIDAH memang satu anggota yang sgt mudah untuk melakukan DOSA tanpa kita sdari. Jika bukan kerana byknya dan mudahnya lidah melakukan dosa, takkan Allah akan memberi peringatan kepada kita di dalam AL-Quran . Perkara yg disebut2 di dalam Al-quran tentu saja menunjuk dan meminta kita untuk memberi perhatian dan kita terang2 tidak mengendahkannya.

Dalam sehari, tentu sahaja ada orang yang nak dicemuh, diumpat, dihina,...Yelah, bak pepatah zaman moden yang tak tau darimana asal usulnya. “Mengumpat tu lebih lazat dari makan ketupat.”


Kalau tak kerana ringannya lidah melakukan dosa.... Masakan Rasulullah SAW sering memberi peringatan kepada kita tentang lidah.. ANtara hadis2 nya:

وفي البخاري قال عليه الصلاة والسلام: (إذا أصبح ابن آدم فإن الأعضاء كلها تكفر اللسان، تقول: اتق الله فينا، فإنما نحن بك، فإن استقمت استقمنا، وإن اعوججت اعوججنا) رواه الترمذي.

Maksudnya: Di dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila seorang anak adam itu memulankan harinya, semua anggotanya mmeberi peringatan kepada LIDAH. Mereka berkata: Bertaqwalah kepada Allah demi kami. Jika kamu lurus, kami pun turut lurus. Jika kamu terpesong, kami turut terpesong.)) HR TIRMIZI

MAKSUD GAMBAR: MENGUMPAT ITU ADALAH JIKA SESEORANG ITU MENYEBUT KEBURUKAN YANG ADA PADA SAUDARANYA , DAN JIKA KEBURUKAN ITU TIDAK ADA PADANYA, MAKA IA ADALAH PENIPUAN.

SEPERTI DI DALAM HADIS: DIKATAKAN KEPADA RASULULLAH APAKAH ITU MENGUMPAT? BAGINDA BERSABDA: KAMU MENYEBUT SAUDARA KAMU APA YG DIA TIDAK SUKA. DIKATAKAN LAGI: BAGAIMANA JIKA APA YG AKU KATA ITU TERDAPAT PADANYA? BAGINDA BERSABDA: ((JIKA APA YG ENGKAU KATA ITU TERDPT PADANYA, MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MENGUMPATNYA, DAN JIKA TIDAK TERDAPAT PADANYA, MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MELAKUKAN PENIPUAN KE ATASNYA.)) HR MUSLIM.

MENGUMPAT ITU ADALAH HARAM SEBAGAIMANA DALIL YG TERDAPAT DLM QURAN, SUNNAH DAN IJMAK, DAN IA DIANGGAP SBG DOSA BESAR . ALLAH TELAH MEMBERI PERUMPAAN ORG YG MENGUMPAT ITU DENGAN ORANG YG MEMAKAN DAGING SAUDARANYA YG TELAH MATI.

((APAKAH SESEORNG KAMU SUKA UTK MAKAN DAGING SAUDARANYA YG TLH MATI, DAN KAMU MEMBENCINYA!!))



Mengapa perlu mengumpat?

Di dalam kitab ( احذر البضاعة الذميمة الغيبة والنميمة ).: Pengarang kitab telah menyenaraikan sebab2 mengapa seseorang itu mengumpat: Mari kita perhatikan, adakah ini merupakan sebab2 mngapa kita x boleh tahan diri dr mengumpat:



أسباب ودوافع الغيبة والنميمة

1- ضعف الإيمان: وذلك بعدم الإكتراث بعقاب الله وعدم الإكتراث بمعصيته عز وجل.

2- التربية السيئة التي ينشأ عليها الطفل.

3- الرفقة السيئة: فالرجل على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل.

4- الكبر والتعالي واغترار الإنسان بنفسه ورؤيته لها أنها أفضل من الآخرين.

5- الحقد والحسد اللذان يدفعان بالإنسان أن يغتاب غيره.

6- التسلية وإضاعة وقت الفراغ.

7- إرضاء الآخرين من أصحابه.

8- الجهل، وذلك إما جهلاً بحكم الغيبة والنميمة أو جهلاً بعاقبتهما السيئة وأليم عقاب الله سبحانه عليهما.

1- IMAN YG LEMAH: dan ia disebabkan oleh sikap yg x mengendahkan azab Allah dan tidak kisah melakukan maksiat. (Kdg2 bkn xde ilmu ttg azab org yg mengumpat n dosanya, tp bila iman lemah, tak dpt nak menahan diri dr ngumpat… x ngumpat rs terlepas pluang keemasan…Geram rs klu x dpt nak join ngumpat…)


2- MEMBESAR DALAM TARBIAH YG BURUK. (Dari kecik, dgr ibu bapa, org2 tua sekeliling dok suka ngumpat, bl dah besar, dia pulak nak tumpang sekaki mengumpat… Jd sama2lah berkongsi dosa.)

3- KAWAN2 YG X BAIK. Seseorang itu adalah di atas agama kawn baiknya, maka lihatlah dgn siapa kamu berkawan. (W/pun kdg2 kita ni bkn jenis ngata org, tp bila dah b’kwn dgn org yg byk mulut, maka terberjangkitlah panyakit si kawan dgn kita…Tak psl2 kita yg baik ni pon sama mendapat dosa akibat tersalah cari kawan… Kerana itulah firman Allah yg bermaksud: Sahabat2 baik pada hari itu (hair kiamat) m’jadi musuh kecuali org2 yg bertaqwa .



4- BANGGA DIRI, SOMBONG, BONGKAK DAN MERASAKAN DIRINYA TERSGT HEBAT BERBANDING ORG LAIN . Bila dah rs diri skit punya best, mesti rs org lain hina n buruk, mulalah nak ngumpat n ngata mcm2 kat org padahal diri dia sendiri pon x berapa btul… dia sndiri yg rasa syok sndiri.. Tp percayalah, org yg jenis camni, jnis suka angkat diri sndiri n memburuk2 kan org lain ni, org lain akan nampak keburukan dia w/pun dia nampk di ckup elok dah…



5- HASAD DENGKI. (Yelah, bila dah jeles dengan kelebihn yg ada pada org lain, dan dia tak dpt, mulalah nak ngumpat…Jeles la katakan)



6- SAJA SERONOK DAN UNTUK MENGISI MASA LAPANG.. (x mende nak cerita, nak bg ceramah x pandai… nak baca hadis je , tazkirh kat org , rs salah mjlis …jd ngumpat la….seronok! sesuai dimana2 … dok mn pon boleh ngumpat..klu nak bg tazkirah, x kena majlis)



7- UNTUK MEMUASKAN HATI ORG LAIN. (Ni kes lauk tambah la ni…org mula ngumpat, dia pon tumpang tambah bg org tu puas hati …lebih2 klu org yg tgh mngumpat tu punya maslahat baik utk dirinya. Bila dia tumpang ngumpat musuh org tu, menti org tu suka kat dia..Bila org tu suka kat dia, nnt mcm2 la yg dia boleh dpt dr org tu.. n benda yg pertama dia dpt ialah DOSA)


8- JAHIL. Samada jahil dengan hukum mengumpat dan mengadu domba atau jahil dengan akibatnya yg amat DAHSSYAT!

Kata2 tentang LIDAH mmg tersgt panjang…InsyaAllah ada kelapangan saya akan cuba ulas dalil pengharaman mengumpat, kesalahan2 lidah, cr mengatasi masalah lidah yg rosak, azab2 bg org yg sering menyalahgunakan lidah agar kita mengambil perhatian dan mengawal lidah dengan sebaiknya InsyaAllah..

Sebelum sy menklikkan butang ‘terbitkan catatan’ marilah kita ambil iktibar dr syair ibnu Mubarak ini:

وقال ابن المبارك:

وإذا هممت بالنطق في الباطل ** فاجـعـل مكـانـه تسـبيحـاً


فاغتنام السكوت أفضل من *** خوض وإن كنت في الحديث فصيحاً



Maksudnya:

Jika engkau terdetik untuk berkata sesuatu yg batil #

Maka gantikanlah tempat (kata2 yg batil) itu dgn tasbih #

Sesungguhnya mengambil peluang untuk diam adalah lebih baik dari #

Hanyut (dlm kata2 yg batil) w/pun engkau seorang yg petah berbicara #

INGATLAH, KITA MANUSIA NIE KALAULAH 1 DARI 20 JARI KITA YG SAKIT, KELUPUQ KITA P CARI UBAT. TP KLU HATI KITA YG ‘BERPENYAKIT’ , TAKKAN NAK BIAR MEMBUSUK BERNANAH JE KOT…UBATILAH IA….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...