Wednesday, July 1, 2009

SALAHKAH SKEMA??!!

Kali ni aku nak kupas ttg SKEMA…Bkn skema peperiksaan skola… tp’ SKEMA’ yg disebut2 oleh budak2 lani yg aku pun x berapa pasti sgt apa sbnrnya yg mereka nak maksudkan..

Kiranya bila sebut budak yg SKEMA ni, mesti terbyg budak yang rambut berminyak, sikat elok punya n pakai spek mata frame tebai…betul x?

Tp sebenarnya, apa salahnya kalau menjadi seorang yg SKEMA ni??

Padahal kalau difikir2kan agama Islam itu mengajak seseorang individu itu menjadi orang yang baik, lurus dan jujur… Adakah lurus, jujur n baik itu yg dimaksudkan dgn SKEMA??

Adakah seorang yg SKEMA kalau tidak melakukan dosa2 kecil, padahal dosa2 kecil itu akan tergolong dosa besar jika melaziminya..


عَن سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((إِيَّاكُمْ وَمُحْقِرَاتِ الذُّنُوب، كَقَوْمٍ نَزَلُوا فِي بَطْنِ وادٍ، فَجَاءَ ذَا بِعُوْدٍ، وَجَاءَ ذَا بِعُودٍ، حَتَّى أَنْضَجُوا خُبزتَهُم، وَإِنَّ مُحْقِرَاتِ الذُّنُوبِ مَتَى يؤخذ بِهَا صَاحبُها تُهْلِكُهُ))

روى الإمام أحمد في مسنده

Maksudnya:

Daripada Sahl bin Saad Radiallahuanhu berkata: Bersabda Rasulullah i : (( Berhati-hatilah kamu dengan dosa-dosa kecil. Ia umpama satu kaum yang pergi ke satu lembah, maka datang salah seorang dari mereka membawa sebatang kayu, seorang lagi pula dengan sebatang kayu sehingga akhirnya mereka dapat masak roti (untuk dimakan) dengan kayu-kayu yang dikumpul tersebut. Dan sesungguhnya dosa-dosa kecil itu apabila hinggap pada seseorang, pasti ia akan memusnahkannya.))

{HR Ahmad}

Hadis ini memberi perumpamaan kayu-kayu kecil yang apabila dikumpul menjadi banyak ia mampu untuk membakar dengan besar. Demikianlah dosa-dosa kecil sekiranya dipandang remeh dan berterusan dilakukan maka ia akan mengundang bencana besar.

Itulah, bila zaman dah berubah hingga ke akhir zaman, pandangan manusia mula berubah..Yg baik dipersendakan, yg buruk itu yang diagungkan.



Bukan begitu?? Lihat sahaja, budak yg SKEMA tu dianggap budak yang bodoh, berhingus n yang seumpama dgnnya, dan budak yg x skema itu yg dianggap ‘cool’…


Padahal rasanya dalam sehari berapa kali kita meminta dari Allah untuk menjadi SKEMA dgn menunjukkan kita jln yg benar…

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيم


Adakah seorang itu SKEMA jika dia tidak menipu padahal sedarkah anda menipu itu adalah antara DOSA2 BESAR.

Betapa Rasulullah SAW diagungkan kerana sifat jujurnya. Adakah itu bermakna baginda seorang yang SKEMA?? Betapa Rasulullah SAW mengajar kita spy jgn menipu w/pun kpd anak kecil…Dan kita dituntut untuk mencontohi Rasulullah SAW,

عَن عَبْدِ اللَّهِ بنِ عَامِر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: دَعَتْنِي أُمِّي، وَرَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ فِي بَيْتِنَا، فَقَالَتْ: هَا، تَعَالَ أُعْطِكَ، فَقاَلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "مَا أَرَدْتِ أَنْ تُعْطِيهِ؟" قَالَتْ: أُعْطِيهِ تَمْرًا. فَقَالَ لَهَا: (( أَمَا إِنَّكِ لَوْ لم تُعْطِيهِ شيئًا كُتِبَتْ عَلَيْكِ كِذْبَةٌ ))

رواه مسلم

Maksudnya:

Daripada Abdullah bin Amir berkata: Ibuku memanggilku dan Rasulullah i berada di rumah kami, maka ibuku berkata: Mari sini aku akan beri kepada kamu sesuatu. Maka kata nabi i : (( Apa yang kamu nak beri kepadanya?)) Dia berkata: Aku ingin memberi dia tamar. Maka baginda i bersabda kepadanya: (( Sekiranya kamu tidak berikan kepadanya sesuatu maka tertulis ke atas kamu satu penipuan.))

{HR Muslim}

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقاً ، وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ ، وَإِنَّ الفْجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يكتب عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً.))

متفق عليه

Maksudnya:

Daripada Ibnu Masud Radiallahuanhhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu membawa kepada syurga. Dan sesungguhnya seseorang itu akan berkata benar sehingga ditulis disisi Allah bahawa dia adalah orang yang benar. Dan sesungguhnya pembohongan itu membawa kepada kejahatan. Dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu akan menipu sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia adalah seorang penipu.))

{Muttafaq Alaih}

Byk kali kita pernah terbaca seorang hamba Allah yang berjalan jauh mencari seorang perawi hadis, bila dilihat perawi hadis itu ‘menipu’ binatang peliharaannya, beliau meninggalkan perawi hadis itu dan tidak mengambil hadis daripadanya atas sikapnya yg tidak skema itu.

Mungkin skema berbeza maknanya mengikut klompok yg tertentu..

Budak sekolah agama akan dianggap skema klu x tipu ustaz, x ponteng sekolah padahal perkara itu adalah perbuatan khianat kepada ibu bapa dan guru yg meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Budak sekolah luar pl mgkin menganggap skema jika tidak merokok n melepak di sana sini padalah perkara itu adalah DOSA.


Penagih dadah pl mgkin akan menganggap anda skema jika anda tidak mengisap dadah sepertinya…Perlukah anda menjadi seperti sampah masyarakat itu untuk anda tidak digelar SKEMA.???

Dan jika anda seorang ibu bapa adakah anda bangga dgn anak anda yg tidak skema yg sering menipu dan membohong orang termasuk anda sendiri?? Jawapannya ada dalam IMAN anda.


Jadi, malukah anda jika menjadi seorang SKEMA dan adakah anda bersedia untuk menjadi seorang yg SKEMA???!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...