Friday, March 29, 2013

Bedtime story yang sangat best

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi jika saya mampu dan berpeluang untuk bercerita kepada anak2. Tak kisahlah sebelum tidur ataupun tidak kerana ada ketikanya anak2 amat penat dan tidak sempat untuk bercerita dah pun tenggelam dalam mimpi.

Ini adalah buku yang saya pilih untuk kali ini. Kami sudah mula baca pada bulan lepas.

Buku ini baba dapat semasa forum bulan lepas.
Pihak penganjur beri sebagai kenangan.
Harganya di pasaran:
RM 65.
Buku yang bagus untuk diceritakan kepada anak.

Terbitan:
http://mustread.com.my/v1/

boleh beli secara online di sini:
http://www.epayasia.my/default.aspx?portalname=www.epayasia.my/mustread&pageid=2440&product_id=67500C15-5FC0-4FC1-A787-ED4483AB9103&cat_id=FBA5E5F4-04C8-4C57-8B2A-A27C1B2D6B1E

Bagi saya buku ini sangat menarik dan banyak info yang boleh diceritakan kepada anak2.

Saya tidaklah baca sebijik2 perkataan dari buku ini, tapi saya gunakan teknik bercerita.

Bab yang paling menyentuh hati apabila kami sampai ke bab keperibadian Rasulullah SAW.

Amat menyentuh hati bila membaca bab ini. Betapa mulianya dan hebatnya Rasulullah SAW.

Bab Akhlak Rasulullah SAW yang amat menyentuh hati
dan mencambahkan rindu kami kepada
Rasulullah SAW.
اللهم صل وسلّم وبارك عليه وعلى آله



Rasulullah SAW sukakan bau wangi

Hadis:
Apabila salah seorang kamu diberikan minyak wangi, maka dia tidak boleh menolak
kerana bau wangi itu adalah dari syurga
HR Tirmizi

Selepas baca bab di atas, terus anak2 ambik minyak wangi dari
dalam almari dan terus pakai.

Betapa mereka excited nak mencontohi akhlak
mulia Rasulullah SAW
اللهم صل وسلّم وبارك عليه وعلى آله
Bahagian yang amat meruntun hati
اللهم صل وسلّم وبارك عليه وعلى آله

Dan betapa anak2 excited untuk mencontohi Rasulullah SAW pada setiap kisahnya.

Contohnya: 

Apabila saya bercerita bahawa Rasulullah SAW sukakan madu. Anak2 akan kata:
"Adik pun suka madu."



Bila saya cerita Rasulullah SAW sangat pemurah dan dermawan terutamanya pada Bulan Ramadan, Abang Abbudey kata:
"Mama, Abang pun bagi sedekah kat kawan abang kat sekolah hari itu."


Dan dalam bercerita ini, ada juga masa2 yang terhibur dengan soalan anak2.

Contohnya apabila saya bercerita tentang tanda kenabian Rasulullah SAW di belakang badan baginda, Abang Abbudey pun tunjuk tanda tompok gelap sedikit di bawah lengannya:
"Inilah tanda kenabian abang, adik pun nabi juga, dia tunjuk tanda hitam di pergelangan tangan adik."

Haha..

Saya jelaskan:

" Ini bukan tanda kenabian sayang, ini tanda lahir. Lepas Rasulullah SAW wafat, takde dah Nabi lepas Nabi Muhammad SAW."

Antara beberapa faktor yang menyebabkan saya menyukai buku ini ialah:

1- Disertakan sumber rujukannya dan rekod hadis2 di dalam buku ini (seperti dalam gambar2 di atas).

 Ini penting bagi memastikan kesahihan kisah dan hadis Rasulullah SAW.




2- Gambar2 yang menarik. Dapat mengenalkan dan menambah info kepada anak2

3- Mukasurat buku ini yang berkualiti dan licin

4- Buku ini juga berkulit tebal, jadi ia akan mudah dijaga

ALLAH semai rasa kasih dan rindu kami kepada Rasulullah SAW , dan cinta kami untuk mengikuti sunnah baginda SAW.

Moga kita semua mendapat syafaat baginda SAW di akhirat sana.

Amin.


p/s: Jangan lupa baca surah Al-Kahf ya? Banyak kelebihannya =)

6 comments:

  1. Seronoknya baca review ni. Saya dah masukkan dalam wishlist! tq for sharing aishah :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik... ilustrasi buku pun sangat cantik.... Insya Allah, boleh saya aplikasi utk anak2 pula :)

    ReplyDelete
  3. Aku ade buku ni , orang bagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah, boleh baca. kalau rasa x nak baca, mai aku sedekahkan kat orang lain...hehe

      Delete
    2. x pun letak kat maktabah tahfiz. byk pahala ko dapat

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...