Friday, December 14, 2012

Perkongsian penderitaan Gaza dan Syria dari Sheikh Ibrahim Az-Zaeim dan Sheikh Ali As-Sobuni

بسم الله الرحمن الرحيم


HARI RABU (12/12/12)

Antara hikmah kami meng'awal'kan percutian kali ini juga, Alhamdulillah baba dapat satu lagi peluang menjadi penterjemah kepada Sheikh Ibrahim AzZaiim dari Palestin yang juga merupakan wartawan TV AQSA, Palestin. Pihak HALUAN menghubungi baba pada Hari Selasa. 

Satu peluang keemasan untuk kami semua mendapat ilmu dan pengalaman baru!

Majlis diadakan selepas Solat Maghrib di Masjid Jamik Kuala Ketil. Sheikh Ibrahim Az-Zaiiem turut mempertontonkan gambar2  kekejaman Zionis Israel terhadap Muslimin di Gaza hatta kepada wanita dan kanak-kanak yang lemah.


gambar yg dirakam oleh Abdul Rahman
Dalam majlis ini juga, kami membawa bersama Abdul Rahman, Abdullah dan sepupu mereka Uwais, supaya anak2 ini diberi pendedahan tentang penderitaan saudara2 Muslim di seluruh dunia.

Dan sebab yang kedua: supaya anak2 kecil ini biasa dengan suasana bersama dengan para sheikh dan alim ulama dan mendapat keberkatan mereka.


Bahkan juga, kami ingin menerapkan dalam hati mereka rasa kasih dan bangga dengan para ulama seterusnya menjadikan para ulama sebagai idola, bukannya artis.



video yang dirakam oleh anak2. Huru hara jadinya ...


HARI KHAMIS (13/12/12)

Kemudian pada Hari Khamis pula, seperti yang dirancang, Sheikh Ali Sobuni, seorang sheikh yang luas ilmunya, sheikh yang terkemuka yang banyak mengarang kitab2 yang muktabar pula datang ke Sungai Petani untuk perkongsian ilmu.

Kitab2nya sering kami pelajari (antaranya: tafsir ayat ahkam). 

Malahan baba sendiri telah mempelajari kitab2nya sejak di bangsu sekolah lagi. Satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran dapat berkhidmat untuk Sheikh ini.  Peluang yang ALLAH berikan ini amat istimewa. 


iklannya
SUMBER FB

Satu peluang yang besar buat baba untuk berdampingan dengan sheikh yang terkemuka ini. Oleh kerana pihak masjid menempah Nasi Arab dengan Qasiyun Katering , jadi baba berbesar hati untuk menjadi pelayan dan bersama2 menghidangkan juadah kepada sheikh dan rombongan mereka. Satu peluang keemasan untuk bersama-sama para pewaris nabi


Abdul Rahman turut dibawa supaya sama2 mendapat ilmu dan keberkatan majlis ini.

MASYA ALLAH.
Sheikh Ali As-Sobuni seorang yang sangat ramah dan mesra dengan kanak2

Dalam gambar ini, beliau sanggup berhenti makan untuk posing kepada Abdul Rahman yang mengambil
gambarnya .
Sampai baba suruh ABdul Rahman beredar, tapi sheikh pula yang berkata:
Biarkan dia tangkap gambar

Di sebelah sheikh itu adalah anaknya.

Melihat hubungan ayah dan anak ini, teringat pula pada Sheikh Solahuddin Kiftaro yang sentiasa
berkhidmat sepenuhnya kepada ayahnya (Sheikh Ahmad Kiftaro) ketika ayahnya  masih hidup.
Apabila Sheikh Ahmad Kiftaro meninggal dunia, barulah Sheikh Solahuddin Kiftaro
menyambung tugas ayahnya menyampaikan ilmu dan dakwah.



Seronok anak2 kecil ini.
Di situ ada juga sepupu Abdul Rahman yang sebaya.
Uwais dan Fawwaz

Doa ini yang diajar oleh Sheikh kepada hadirin pada malam tersebut. Jom Amalkan
Doa yang diajar oleh Sheikh Ali As-Sobuni semalam kepada hadirin di Matang Gedong.
Sheikh minta kita semua amalkan terutamanya sebelum tidur.
jom amal!


Maksudnya:

Abdul Rahman dan Fawwaz memperdengarkan bacaan
ALFatihah kepada sheikh.
Boleh lihat video di sini


Sheikh menurunkan tandatangan tanda ingatan ke atas sebuah 
kitab karangannya Tafsir ayat ahkam milik baba sejak tahun 2000.
Dah lama dok baca kitab ni baru semalam bertemu pengarangnya


ingatan dan doa yang ditulis oleh Sheikh ALi Ash-Shobuni dalam kitab.
Amin


Inilah yang jadi, bila anak2 ini memegang kamera..macam2 aksi

Diberi tugas sebagai Pengerusi Majlis.
Berbicang sedikit dengan Shekh Samir Saqqa

Sedikit khidmat kepada Sheikh Ali Assobuni
Sumber FB

antara hadirin yang memenuhi perkarangan masjid
Sumber FB

Antara pesanan Sheikh dalam majlis ini ialah:
1- tanggungjawab kita kepada agama
2- Kelebihan wanita dalam menjalankan tanggungjawab dalam Islam
3- Pilih orang yang beriman dan soleh untuk menjaga urusan kita
4- Kuasai Bahasa Arab untuk mudah masuk syurga
5- Jangan berdiam diri di atas kemungkaran dan kezaliman  yang dilakukan oleh pemimpin


Sayangnya Abdul Rahman hanya merakam majlis penutup majlis sahaja. Isi dalam majlis tak dirakam pula. sayangnya...Tonton videonya di sini: http://youtu.be/PYBhzTY4THo .
Entri ini sudah berat dengan 2 video


ABdul Rahman dan Fawwaz memperdengarkan bacaan Al Fatihah di hadapan Sheikh ALi SObuni.

Sheikh dengan mesra berpesan kepada anak2 ini supaya makan byk2 kerana mereka akan pergi berjihad tak lama nanti! Allahu AKbar!

(Selepas itu terus Sheikh Samir Saqqa menyuapkan mangga kepada ABdul Rahman)

Doa saya moga anak2 ini turut mendapat keberkatan majlis2 ilmu ini dan mendapat ilmu dari Sheikh2 pewaris nabi InsyaALLAH. Moga anak2 ini dan kita semua dapat mencotohi sikap wara', amal soleh, juga luasnya ilmu para sheikh. amin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...