Sunday, September 1, 2013

Aplikasi eTasbeeh dalam handphone Samsung

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas saya mendengar ucapan Dr. Aidh Al-Qarni dalam video ini:



antara pesan Sheikh 'Aidh Al-Qarni ialah perlunya setiap orang membaca AlQuran paling kurang 1 juz setiap hari dan berzikir kepada ALLAH Subahanahu Wa Taala setiap hari dan perlu ada koleksi 100 kali zikir.

Maksudnya:
100 kali zikir 'Subahanallah'
100 kali zikir ' Alhamdulillah'
100 kali selawat
100 kali zikir2 yang lain2 lagi.

Dan aplikasi yang saya jumpa dalam HP yang amat sesuai untuk ibadah zikir ini ialah:
eTasbih: Tasbeeh Counter

aplikasi eTasbih

Maklumat lanjut  tentang aplikasi ini boleh dapati di sini:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.awardsofts.etasbih
Antara kelebihan aplikasi ini yg saya suka ialah:

1- Himpunan zikir2 yang banyak

klik pada zikir yg anda pilih
2- boleh juga tambah lafaz zikir sendiri jika anda mahu.
contoh kalau anda mahu berzikir dengan Asma'ul Husa. Ya Latif...
tulis Ya latif dan masukkan dalam senarai zikir anda.
3- setiap kali anda klik pada screen HP, angka akan meningkat.
Seperti anda menggunakan butir2 tasbih
Boleh pause juga
 
4- ada juga history bagi kumpulan tasbih yang telah anda lakukan pada masa yg lepas

 Selamat Berzikir dan menambah amalan.
ALLAH rezekikan kepada kita amalan yg istiqamah.
Amin



Alhamdulillah, pujian kepada ALLAH subahanahu wa taala, banyak aplikasi yang boleh membuatkan kita mendekatkan diri kepada ALLAH subhanahu wa taala seperti aplikasi Al-Quran yang pernah saya kongsikan di sini , sini dan di sini .

Jadi, janganlah kita sia-siakan peluang kesetiaan Hp kita bersama kita dengan menjadikan ia sebagai alat untuk menambahkan ibadah kita kepada ALLAH Subhanahu wa taala.


ALLAH berkati kita semua dan merezekikan ibadah yang istiqamah. amin3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...