بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak dari kecik, mak ajar supaya kalau pakai telekung solat mesti pakai yang 2 lapis (mak akan jahitkan siap2 selapis lagi sebelah dalam) sebab rata-rata telekung jarang hingga boleh nampak warna kulit , tengkuk dan juga rambut... zaman dulu, telekung warna putih je... kainnya pula nipis sahaja
ALhamdulillah, ini adalah kali ke-3 saya menempah telekung dari Ummu Muhammad .
Kesemuanya berwarna biru gelap.
Kali pertama untuk percubaan.
Kali kedua, permintaan dari adik supaya tempahkan telekung biru gelap ini sebagai hadiah harijadinya
Kali ke-3 saya tempah lagi untuk simpanan, senang buat berjalan jauh.
Telekung biru ini hanya selapis sahaja, tapi ia tidak jarang, kerana bewarna gelap. kainnya juga ringan sahaja dan tidak melekat di badan, tidak nampak bentuk badan.
Jadi hilanglah masalah was-was dan tidak selesa, risau solat tidak sah kerana kain telekung yang jarang, ALhamdulillah.
Jazakillah Khairan kathira Ummu Muhammad yang menjahit telekung ini untuk saya walaupun dalam ribut2 di tempat kerja baru, ALLAH berkati dan permudahkan segala urusan UM sekeluarga.
=)
Jazakillah ustazah..menjahait membaking menghilgkan stress haha..seronok sebenarnye..Allah bg kite relax tak memikir dgn kerje2 mcm ni..nant masuk syurge sile tarik sy sekali ;)
ReplyDelete