Sunday, April 27, 2014

Video: Kenangan Abdullah membaca buku BM usia 5 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman sekarang ini, keupayaan membaca buku Bahasa Malaysia dengan lamcar pada usia 5 tahun bukanlah satu perkara yang istimewa lagi. Ia menjadi perkara yang biasa sahaja kerana sudah ramai kanak-kanak yang mampu membaca lebih awal dari itu.


Seperti yang saya tuliskan di SINI. oleh kerana saya inginkan Abdullah masuk darjah 1 pada usia awal, jadi masa cuti hujung tahun lepas, saya bersungguh-sungguh melatihnya membaca buku Bahasa Malaysia dalam masa sebulan itu.

Video ini dirakamkan pada bulan lepas.
Bagi saya, bacaan Abdullah untuk buku Bahasa Malaysia boleh dikatakan OK....
Untuk memantapkan bacaan Bahasa Malaysia, galakkan dan belikan anak-anak buku cerita, InsyaALLAH skill membaca mereka akan bertambah baik InsyaALLAH.

Sebagai kenang-kenangan..........



Alhamdulillah , ALLAH berikan ilmu lain menjadi mudah selepas kita mengutamakan AL-QURAN DAN AGAMA ISLAM sebagai pendidikan yang pertama dalam hidup anak-anak, InsyaALLAH.

ALLAH JADIKAN ANAK-ANAK INI ORAN YANG BERILMU DAN BERAMAL DENGAN ILMU MEREKA. AMIN YA RABB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...