بسم الله الرحمن الرحيم
Seperti mana-mana penghafaz AL-Quran , kebanyakkan pasti akan melalui ujian2 sebegini
Seperti mana-mana penghafaz AL-Quran , kebanyakkan pasti akan melalui ujian2 sebegini
Al-Quran itu jika tidak diulang pasti akan lupa.
Begitu jugalah bagi anak-anak saya.
Bagi saya, mereka sekarang ini sedang melalui ujian 'lupa beberapa hafazan yang lama.'
Saya selalu terangkan bahawa AL-Quran ini umpama unta yang liar, jika kita tidak selalu ziarahi dan ulangnya, pasti kita akan lupa hafazan-hafazan yang lama. Kerana itulah kita perlu sentiasa mengulang-ulang hafazan-hafazan yang lama-lama.
Anak-anak kecil ini manalah tahu apa yang perlu dilakukan supaya hafazan mereka lekat di hati mereka, jadi kitalah yang perlu ingatkan selalu tentang kepentingan mengulang hafazan
Selepas ini InsyaALLAH akan pergi ke tahap mentadabbur, memahami dan mengamalkan AL-Quran pula.
AL-Quran itu bukan hanya untuk dihafaz sahaja tanpa difahami, tapi semuanya perlu dilalui dengan sabar dan tabah. Bukan boleh ditelan semua sekali mudah2. Kita hafaz, kita faham, kita tadabbur, kita amalkan , Permudahkanlah Ya ALLAH.
Apa2pun, walaupun dalam kerunsingan untuk memantapkan hafazan anak-anak, saya pujuk hati agar sentiasa bersyukur kepada ALLAH.
ALLAH bantulah kami untuk menjadi ahli Al-Quran yang Engkau redhai. Amin Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment