بسم الله الرحمن الرحيم
**** ini adalah entri tanpa gambar, tapi silalah baca dengan teliti =) (saja buat suspen)
Kalau dahulu saya pernah kongsikan Facebook rakan-rakan yang rajin beraktiviti dengan anak-anak, Alhamdulillah melalui alam siber ini juga, saya ramai berkenalan dengan ibu-ibu yang sangat bersemangat untuk menanamkan cinta AL-Quran dalam diri anak-anak.
ALhamdulillah satu usaha yang sangat baik.
Melihat ibu2 ini bersemangat mendidik anak-anak dengan Al-Quran, saya katakan kepada diri saya bahawa saya kena banyak update tentang perkembangan anak-anak dengan Al-Quran supaya ia terus menjadi pemangkin semangat kepada orang lain untuk tanamkan cinta Al-Quran kepada anak2. Dahulu fikir, kalau dok update ttg Al-Quran anak selalu, nanti orang cemuih pulak....huhu
Antara ibu-ibu ialah:
Blog yang cukup terkenal dengan semangat Ummu Muhammad mendidik anak-anak untuk cintakan Al-Quran. dan Anak2 UM pun telah berjaya menghafaz banyak surah-surah dalam Al-Quran.
Saya juga mendapat banyak info dan semangat dari tulisan Ummu Muhammad yang amat berfaedah kepada ibu-ibu lain InsyaALLAH
Ibu yang banyak berkongsi idea santai tentang perjalanannya mendidik anak cintakan Al-Quran. Hafaz dan memahami Al-Quran.
Dengan perkongsian yang segar, rasa mudah sahaja untuk ikut cara ibu ini mendidik anak cintakan Al-Quran.
Kehadiran ibu ini ke rumah saya tempohari sangat memberi banyak perkongsian dari pengalaman hidup.Ibu yang kreatif dan banyak idea.
Alhamdulillah ibu yang bersemangat mendidik anak seperti ini, InsyaALLAH menjadi kunci kepada anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat InsyaALLAH
Ustazah Ainun Mardhiah sungguh bersemangat mendidik anak-anak cintakan AL-Quran dan sering berkongsi pendapat dan persoalan dengan saya tentang cara-cara mendidik anak cintakan Al-Quran.
Seronok kami sekeluarga melihat kepintaran anak Ustazah Ainun Mardhiah, Muiz walaupun cuma singgah sebentar di rumah kami sebelum mereka sekeluarga menyampaikan forum di Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil.
Saya lihat ada di antara mereka walaupun bukan dari latar belakang sekolah agama, bukan dari pengkhusussan agama, tapi itu bukanlah penghalang untuk mereka menanamkan cinta Al-Quran kepada anak2.
Tidak cukupkah kita sebagai orang Islam perlu menanamkan cintakan AL-Quran kepada anak-anak sejak dari kecil.
Ia bukan hanya tugasan yang perlu dilakukan oleh usaz-ustazah sahaja, malahan ibulah yang lebih mujarab dan berkesan pengajarannya kepada anak-anak lebih lagi dari ustaz ustazah kerana ibulah yang sering bersama anak-anak sejak lahir dan ibu bapalah yang tahu motif dan pandangan masa depannya terhadap anak-anak
Alhamdulillah . saya lihat perkembangan semangat ibu-ibu ini mendidik anak dengan Al-Quran adalah satu perkembangan yang amat bagus, InsyaALLAH
Doa saya sentiasa untuk anak-anak ummat masa depan ini lebih cintakan Al-Quran dan membina generasi Islam yang kuat. Amin. Sudah2lah kita sedih melihat hiburan2 yang amat melampau masakini. Anak2 inilah penghibur hati kita yang perlu kita hindari dari unsur2 hiburan yg sedia ada sekarang.
Jujur saya katakan, saya amat seronok bila lihat ibu2 seperti mereka ini yg turut bersemangat berjuang untuk mendidik anak dengan Islam dan AL-Quran sejak dari kecil.
**** Entri tanpa gambar, tapi InsyaALLAH banyak infonya. Silalah berkongsi lagi info tentang info ibu-ibu lain yang bersemangat mendidik anak cintakan Al-Quran.
Allahu ustazah! terlalu byk kuranglagi kami..doa2 antumna semua mengiringi shaikh2 kami ;)..doa2 orang2 soleh wa solehah yang dimakbulkan Allah ;)
ReplyDelete