Friday, December 20, 2013

Facebook ibu2 yang rajin dan bersemangat mendidik anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh.... saya sangat suka membaca aktiviti homescool ibu2 dengan anak2 samada dalam FB ataupun blog. Melihat aktiviti mereka membuatkan kita makin bersemangat untuk mendidik anak2. Percayalah!

Kita akan dapat SEMANGAT dan IDEA untuk mendidik anak2.

Antara blog yang pertama saya jatuh cinta dengan aktiviti ibu2 dengan anak2 ialah:

Alhamdulillah. rezeki bertemu dengan penulis blog yang selalu saya ikuti. Blog yang membuatkan saya menangis sendirian di malam hari dan memikirkan plan untuk lebih rajin mendidik anak2


Dan baru2 ini saya banyak terlihat aktiviti ibu2 yang rajin ini dalam FB mereka ini.

Sebenarnya bagi saya, kerja merekodkan aktiviti ibu2 dengan anak2 mempunyai banyak faedah:
1- menjadi rekod kepada diri sendiri
2- boleh menjadi rujukan kepada diri sendiri (manusia banyak lupa)
3- kenangan indah bersama anak2 untuk dikenang di kemudian hari bila anak dah besar (percayalah!)
4- menjadi penaik semangat ibu untuk terus rajin beraktiviti dan mendidik anak2
5- menjadi rujukan kepada orang lain (banyak pahalanya)
6- memberikan idea dan semangat kepada orang lain untuk sama2 rajin mendidik anak2 dari kecik (satu budaya yang baik dan dapat melahirkan ganerasi masa hadapan yang berkualiti hasil didikan tangan ibu sendiri) InsyaALLAH


InsyaALLAH moga anda juga akan mendapat semangat dari kerajinan mereka dan banyak idea dari FB mereka ini, InsyaALLAH.

Jika anda mempunyai blog / fb perkongsian ibu2 yang rajin merekodkan cara mereka mendidik anak2 mereka, saya sangat suka jika anda dapat kongsikan di ruang komen =) 

NOTA: Tak perlulah risau jika orang nak kata menunjuk2 tayang dalam blog/fb aktiviti ibu2 dan anak dan cara mendidik anak2 kerana bagi saya berapa kerat sangatlah ibu2 yang mempunyai peluang keemasan untuk mendidik anak2 dengan tangan sendiri. 

Dan percayalah ramai ibu2 di luar sana yang sangat berhajat dan mencari idea untuk mendidik anak2.

Fokuskan kepada positif, yang negatif2 tu taruk dalam tong, dan tutup!


Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

4 comments:

  1. Syukran atas perkongsian.masih baru di alam blog.seronok baca aktiviti aisyah dan anak2.doakan kami juga

    ReplyDelete
  2. sweetest entry i've ever read. jazakillahukhoir :'D

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..terima kasih ustazah atas perkongsian.

    2 fb ini juga aktif berkongsi ttg aktiviti dgn anak:

    1. Yulia Yusar (sains dan alam)
    2. Maznah Ibrahim (aktiviti dgn anak kecil, psychology anak dan tips parenting)

    Kedua mereka menekankan pendidikan al quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA. saya juga ikuti FB mereka berdua. aktiviti yang menarik. MasyaALLAH

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...