بسم الله الرحمن الرحيم
Selepas dari angin semangat yang melanda (BACA DI SINI) tempohari, saya merancang untuk memulakan semula pengajian bersama anak-anak di rumah.
'Tebuk' sudah dimulakan dan pengajian Sirah dan Tafsir juga sudah dimulakan.
Untuk mengajar anak-anak tafsir dan cerita nabi-nabi, saya mulakan dengan kitab ini.
Kisah-kisah dalam Al-Quran |
Sebelum ini kami sudah tamat membaca kitab Sirah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang ini:
pernah tulis di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html |
Kemudian kami meneruskan pengajian sejarah Khulafa' Ar-Rasyidin dengan menggunakan kitab ini:
pernah tulis di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/buku-cerita-baru-bersama-anak2.html pengajian buku ini sudah tamat pada bab Khalifah pertama: Abu Bakar As Siddik kemudian terhenti sebab busy |
Buku-buku ini saya jadikan rujukan ketika bercerita kepada anak-anak tentang kisah-kisah di dalamnya
Antara kisah yang ada dalam buku ini:
dimulakan dengan kisah Nabi Adam, Nuh, Hud , Solih , Ibrahim dan banyak lagi |
kisah-kisahnya akan disertakan dengan dalil dari ayat-ayat Al-Quran, jadi terus boleh baca ayat dan tafsirkan serta kaitkan dengan kisah yang dibaca. Ia jadi pengajian sirah + tafsir sekali. |
kisah buku ini hadiah cabutan bertuah 10 tahun lalu. Di Syria |
Alhamdulillah dapat dimanfaatkan bersama anak-anak. Alhamdulillah...
Saya selalu tanya kepada anak-anak selepas bercerita:
"Sebab itu kita kena paham apa yang kita baca dan hafal Al-Quran.. Kalau tak, kita tak faham apa yang ALLAH cerita kat kita dalam AL-Quran, apa yang ALLAH suruh kita , apa yang ALLAH larang kita dalam Al-Quran.
Sebab tu kita kena belajar untuk faham.
Anak-anak sangat suka apabila mendengar kita bercerita dengan mereka. Mereka yang mendengarnya lebih menjiwai dari kita yang bercerita.
ALLAH jadikan kita semua orang hafal, faham dan amalkan AL-Quran. amin
No comments:
Post a Comment