بسم الله الرحمن الرحيم
Hidup kita sebagai manusia di atas muka bumi ini tidak terlepas dari kesibukan. Doanya moga kesibukkan itu mendekatkan kita dengan ALLAH. Amin.
Ketika menulis entri DI SINI, ada dinyatakan walaupun sesibuk mana sekalipun kita, ambillah masa untuk tadabbur Al-Quran kerana AL-Quran itu adalah petunjuk dan penawar dalam perjalanan hidup kita menuju ALLAH.
Dalam ketika kemurungan akibat tekanan kesibukan pelbagai kerja, selepas subuh saya buka AL-Quran dan turn pada hari itu adalah untuk membaca Surah Asy- Syuara'
MasyaALLAH, ALLAH datangkan penawar dan jawapan kepada diri yang dilanda RIBUT KESERABUTAN DAN KESIBUKKAN dari ayat dan tafsiran Surah Asy-Syuara yang saya baca hari tersebut
Inilah ayatnya:
Kisah dalam ayat ini berkisar tentang perbualan Nabi Ibrahim ALaihis Salam dan kaumnya tentang ketuhanan. Dan apabila menerangkan tentang ALLAH, inilah kata Nabi Ibrahim ALaihis Salam kepada kaumnya menceritakan tentang sifat ALLAH subhanahu wa taala
Demikianlah penjelasan Nabi Ibahin ALaihis Salam tentang kebesaran ALLAH kepada kaumnya dan doa baginda.
Bolehlah anda sambung membaca Sura Ay-Suara' dan tafsirannya.
Apapun penawar yang saya dapat dari ayat tersebut ialah:
Moga ALLAH berikan ketenangan dan permudahkan segala urusan kita.
Untuk tafsiran Surah Asy Syuara', boleh rujuk di sini:
Walaupun bagaimana down sekalipun keadaan kita pada suatu kita, doa saya moga ALLAH gerakkan hati kita untuk selalu kembali dan mengadu kepadaNya, Amin YA Rabb
P/S: Kebanyakan entry dalam blog ini adalah auto-published, ditulis pada masa lapang dan disiarkan pada tarikh yang ditetapkan.
Alhamdulillah malam tadi selepas Maghrib sempat habiskan Surah Al-Kahfi dengan anak-anak. Moga kita semmua beroleh berkat ALLAH di Hari Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment