Tuesday, December 16, 2014

Hari terakhir di Jakarta

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari terakhir kami di Jakarta, kami luangkan masa di FM7 hotel yang berdekatan dengan Airport Jakarta.

Hotel ini juga ditempah dari website Agoda setelah membandingkan harga di beberapa website.

Kami pilih hotel ini kerana ia sangat dekat dengan airport. Memandangkan keadaan jalanraya yang selalu macet, jadi rasanya ada baiknya tempah hotel yang terdekat dengan airport.

Dan untuk pergi dari hotel ke Airport ada shuttle bus yang disediakan oleh hotel tanpa sebarang cas untuk penghuni hotel. Untung juga tu. Shuttle bus yang selesa sesuai untuk kami 6 orang dengan beg yang banyak. Yang penting: free,, erk


Suasana di hotel.




Cumanya, oleh kerana hotel ini dekat dengan airport, jadi ramailah pelancong yang menginap di sini dan pakaiannya macam-macamlah. Jadi kenalah menjaga pandangan dari maksiat mata.

Walaupun hotel ini dekat dengan airport, jalan ke sini sangat sesak dan banyak lori yang melalui jalan ini.




Sementara menunggu menaiki kapal terbang, anak-anak bermain di kawasan ini dalam airport. Bagus juga ada tempat permainan seperti ini, barulah kanak-kanak tak jemu kena tunggu lama. Ada tempat untuk bermain dan berlari.



Kemudian dari airport ke kapal terbang perlu menaiki aerobus.




Berakhirlah cerita percutian kami ke Indonesia untuk tahun 2014


LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia

2 comments:

  1. Salam Aishah,

    Seronoknya jenjalan ke Indonesia..banyakk tempat menarik kt sana rupanya ya..perkongsian info yang sangat berguna, insyaAllah..doakan saya sekeluarga ada rezki untuk makan angin ke Indonesia juga ya :)

    ReplyDelete
  2. Indonesia best, tapi tak tahan traffic jamnya,.huhu

    InsyaALLAH nanti puan pun berpeluang bercuti di sana =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...