Saturday, December 20, 2014

Tips melancong ke Jakarta, Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم


Tips ini adalah berdasarkan pengalaman kami sepanjang berada di Indonesia.

1- SOKET ELEKTRIK

Sebelum pergi ke Indonesia, memang ada terfikir tentang soket, samada sama dengan Malaysia ataupun tidak supaya mudah nak cas HP.

Plug soket elektrik di Indonesia adalah yang lubang 2 sahaja. Jadi kena cari penyambung jika alatan eletrik kita 'berjari 3'

Ada juga hotel yang mempunyai soket tiga lubang, tapi kebanyakkanya adalah 2 lubang

2- KERETA SEWA
Ramai yang mengatakan bahawa khidmat syarikat sewa kereta yang paling dipercayai ialah SILVER BIRD. Pihak hotel juga biasnaya boleh hubung syarikat sewa kereta.

Yang kami dapat harga MPV (sesuai untuk 6 orang + bagasi yang banyak) untuk 12jam = 500ribu rupiah. Pergilah ke mana sahaja, asalkan dalam had masa 12 jam

Untuk menjimatkan wang juga, pilih hotel yang menyediakan shuttle bus dan ada tranfer ke airport secara percuma (gratis) (maklumat boleh dapat dalam web online hotel seperti agoda, trivago, booking.com, jimat banyak ribu rupiah juga



3- AIRPORT TAX
Jangan terkejut jika ketika anda ingin pulang semula ke tanah air, anda akan dicas beberapa ratus ribu di airport sebagai cukai airport.

Yang kami kena, untuk 6 orang lebih kurang 600k rupiah (atau 900k rupiah, lupa dah)

4- HOTEL
Sewa hotel boleh bandingkan harga dan jauh tempat di dalam website hotel seperti trivago, agoda dan booking.com

Kena buat banyak perbandingan dan banyak search sampai puas hati

5- TEMPAT LAWATAN
Baca banyak info dalam blog2 tentang tempat menarik di Indonesia, biasanya dalam sehari hanya boleh ziarah 1 hingga dua tempat sahaja kerana keadaan jalan yang sesak dan jem (macet)

6- TEMPAT MAKAN
Pilihlah restoren dan kedai makanan yang bersih dan halal. Jika di airport, saya lihat ada saja kedai makan yang ada sijil halal Indonesia. Itu salah satu jalan untuk memastikan tahap halal makanan di sini.

Jika masih ragu-ragu tahap halal dan kebersihan makanan di sini, bawa sahaja beberapa bekalan makanan yang tidak mudah rosak sama dari Malaysia.



Harap sedikit tips ini dapat membantu anda bercuti ke Indonesia


TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...