Tuesday, December 9, 2014

Percutian di Taman Safari Cisarua Bogor Indonesia 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas meninggalkan Cianjur, kami pergi ke Taman Safari di Bogor, Indonesia.

Pintu masuk ke Taman Safari Indonesia

Jangan lupa beli carrot sebelum masuk untuk memberi makan kepada binatang dari tingkap van

Tempatnya tidaklah jauh sangat dari Cianjur, tapi oleh kerana macet, ia jadi lama. Kami sampai lebih kurang waktu zohor. Dan di tengah-tengah jalan dalam safari, hujan turun, jadi tak boleh nak berlama-lama lagi di Safari dan banyak permainan yang tidak main kerana sudah penat.

anak-anak hanya sempat menunggang unta.
Beriya2  sangat anak2 nak tunggang unta sebab tak pernah lagi.

Sebelum ini biasa tunggang kuda dan gajah

Sebelum pergi ke Safari ini, saya pernah membaca dan mengambil maklumat tentang safari Indonesia dari blog-blog.

Memang disarankan untuk datang awal pagi supaya banyak masa boleh dihabiskan dalam safari yang sangat besar dan penuh dengan aktiviti ini.

Jika di zoo di Malaysia, haiwan di kandang, kita diluar.
Di Safari Indonesia, kita dalam kereta dan haiwan di luar.

Agak menggerunkan bila harimau berjalan sebelah kereta kita

Dibenarkan memberi makan kepada binatang.

Jangan lupa beli carrot yang dijual sepanjang jalan sebelum masuk ke Safari

Bayaran untuk kami 7 orang (+driver) lebih kurang RM400 (jika ditukar ke ringgit, kalau rupiah sudah lupa, boleh baca dalam blog-blog mereka yang pernah datang ke sini). Tapi bayaran sebanyak itu amat berbaloi kerana Taman Safari ini sangat besar.

Sewa kereta (MPV untuk kami 6 orang dan banyak bagasi)  pula untuk setengah hari lebih kurang 500 ribu rupiah - 800ribu rupiah untuk 12 jam, Minta sahaja mereka bawak ke mana sahaja untuk 12 jam itu.

Tapi jalan di sini sentiasa sesak, jalan yang sempit dan berlubang, jadi tak banyak tempat yang boleh dilawati dalam sehari.

Hanya satu dua tempat sahaja yang sempat di ziarahi dalam masa sehari. Banyak masa habis dalam kereta sahaja















Untuk puas menjelajahi Taman Safari ini, anda perlu luangkan masa sepanjang hari untuk dapat melawat ke semua tempat dalam safari ini dan melihat persembahan binatang yang menarik. Kami hanya berpeluang ziarah sedikit sahaja kerana kekangan masa dan cuaca hujan.

kerbau bertanduk besar di tengah-tengah jalan minta diberi makan...

Tapi melihat tanduknya sahaja, takut nak beri makan



Safarinya juga bersih dan sentiasa ada pekerja membersihkannya, Patut dicontohi

LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...