بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, permulaan cuti hujung tahun 2014 ini dimulakan dengan percutian ke Indonesia selama 5 hari 5 malam. bermula dari Hari Ahad 23/12/2014 - Hingga Hari Khamis 27/12/2014.
Tujuan utama percutian ke Indonesia ini adalah untuk menziarahi keluarga Sheikh Mahir di Cianjur dan menziarahi psantren2 di Indonesia
Antara tempat-tempat menarik yang sempat diziarahi sepanjang percutian ini ialah:
- Cianjur ( November 2014)
- Taman Bunga Nusantara, Indonesia
- Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
- Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
- Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
- Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
Penerbangan Air Asia QZ223 yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Jakarta jam 10 malam.
Dari Airport Jakarta ke Universiti Imam Syafii di Cianjur lebih kurang 3-4 jam menaiki MPV (jika tiada macet/ traffic jam). Kami dijemput oleh pelajar Sheikh Mahir dari Airport untuk ke Cianjur.
Sepanjang perjalanan ke Cianjur, semua tidur je. Perjalanan yang agak jauh dan jalanraya yang agak teruk bila keluar dari lebuhraya.
Apapun, ALhamdulillah tiada macet sepanjang jalan, kalau tidak berganda-ganda lamalah kami atas jalan.
Pemandangan di luar rumah |
Kami sekeluarga (6 orang ) tinggal di rumah Sheikh Mahir (mereka kosongkan untuk kami) dan mereka tinggal di rumah yang lain. Begitulah betapa baiknya dan betapa mereka memuliakan tetamu.
Pokok bunga yang menarik di hadapan rumah |
Kawasan kami tinggal ini adalah kawasan Universiti Imam Syafii, Cianjur, Indonesia. Tempat yang sangat damai, sibuk dengan ilmu dan ibadah.
di luar rumah |
Macam-macam mereka main. Bina itu ini.
Bermain di belakang rumah pula dengan anak-anak pensyarah universiti |
Oleh kerana tempat ini di atas bukit, tanahnya amat subur seperti di Cameron Highland. Mereka di sini juga banyak menanam sayur-sayuran sendiri.
Hatta Sheikh sendiri pun mensyorkan supaya menanam sayuran sendiri kerana tak perlu banyak tanah, lebih bersih dan bebas racun.
antara tempat semaian tanaman di sini |
Di hadapan rumah |
di belakang Muhammad itu, pokok bunga yang menarik itu tak pernah nampak lagi di Malaysia |
Bila nak malam, masuk main dalam rumah pula
Abdul Rahman bersama 'Alyaa' dan Jana |
'Alyaa |
Isteri Sheikh Mahir menjamu kami dengan masakan arab (MasyaALLAH . sangat sedap, terkenang zaman di Syria. tambah-tambah lagi suasana dan cuaca pun seperti di Syria) |
semuanya homemade oleh isteri sheikh Mahir Masakan arab |
Abdullah tetap mahu makan nasi |
InsyaALLAH semoga dapat berjumpa lagi.
TEMPAT MENARIK DI INDONESIA
- Cianjur ( November 2014)
- Taman Bunga Nusantara, Indonesia
- Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
- Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
- Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
- Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
- Tips melancong ke Indonesia
No comments:
Post a Comment