بسم الله الرحمن الرحيم
Orang yang berdekatan dengan saya termasuk pembaca blog ini tentu sudah lama mengetahui tentang cita-cita saya sejak kecil untuk menjadi seorang penulis.
Perjalanan hidup berbekalkan cita-cita ini ada turun naiknya.
Ada masanya terasa kenapalah begitu sukar sekali untuk menulis sebuah buku? apatah lagi menerbitkannya.
Sampai satu tahap, saya pernah berfikir bahawa diri ini mungkin tidak ditakdirkan Ilahi untuk menjadi seorang penulis.
Ketika itu saya kuburkan cita-cita untuk menjadi penulis.
"Mungkin Allah telah tentukan jalan yang lebih baik untuk aku." Hati sendiri memujuk.
Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati, cinta untuk menulis tetap ada. Jika ditawarkan peluang, pasti direbut untuk menerbitkan buku.
Hari ini apabila melihat hasil tulisan saya bersama suami makin bertambah pada setiap tahun, hati ini sepenuhnya memanjatkan syukur kepada Allah subhanahu Wa Taala.
"Ya ALLAH, Engkau sering memperkenankan cita-cita dan impianku di saat aku sendiri melihat ia adalah mustahil. MasyaALLAH."
Azam saya untuk terus menulis dan menerbitkan lebih banyak buku.
Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kami di akhirat kelak.
Semoga anak-anak juga dapat menjejaki usaha untuk menghasil buku kerana kebanyakkan ulama sejak zaman berzaman pasti akan hasilkan bahan bacaan.
Hasilnya, walaupun mereka sudah meninggal beratus-ratus tahun yang lalu, hasil tulis mereka masih dapat ditatap dan dirujuk.
Makbulkanlah permintaan kami Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment