Monday, June 27, 2016

Info Buku: Jentik Sikit !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini mempunyai gambar dan grafik yang amat menarik sehingga dapat menarik minat kanak-kanak untuk membacanya!

Abdullah dan Abdul Rahman begitu tertarik untuk membaca buku ini apabila saya letakkan di hujung katil.

Mereka ingatkan buku-buku biasa seperti buku cerita, namun kata saya:
"Nanti bila abang dan adik besar nantilah baru baca buku ni, buku ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak."



Bukan tak sesuai kerana apa?

Kerana di dalam buku ini terkandung cerita-cerita tentang alam perkahwinan, cerai, talak...... jadi bagi saya, usia mereka belum sesuai untuk membaca perkara-perkara sebegini.

Namun cerita-cerita dalam buku ini adalah santai dan kelakar. Boleh sahaja gelak besar bila membaca kisah-kisah dalam buku ini.

Di sebalik kisah-kisah tersebut, akan dinyatakan nilai-nilai ilmu dan hukum-hakam yang berkaitan.



Keistimewaan buku ini juga pada koleksi pantun yang banyak.



Apa yang saya dapat dari buku ini ialah, walaupun gaya penyampaiannya secara santai, namun penulis ingin membuka minda pembaca terhadap nilai ilmu dan kesahihah hukum di sebaliknya.



Helaian yang penuh dengan warna-warna yang ceria amat menyegarkan mata untuk terus membaca.

Comel !



Sebuah buku yang menarik
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...