Tuesday, June 21, 2016

Info Buku: Anakku Brain Tumor

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku kali ini saya beli ketika sedang mengandungkan Ahmad Zaid. 
Namun ketika mengandung, sensitiviti sangat tinggi terhadap perkara-perkara yang sedih berkaitan kanak-kanak, maka saya tidak boleh membaca buku ini. 

Macam-macam fikiran negatif yang terbayang. Ketika mengandung sebolehnya saya cuba menguatkan diri dengan aura dan info-info positif.

Segala yang negatif, saya cuma untuk jauhinya. Mudah sungguh tersentuh dengan cerita sedih ketika mengandung.

Selepas mendapat Ahmad Zaid, aktiviti membaca banyak tertangguh kerana kelesuan tubuh badan dan banyak masa digunakan untuk menulis tesis dan menerbitkan buku lain.

Alhamdulillah, bila ada kelapangan masa, nikmat dapat membaca sangatlah seronok sehingga sanggup tidak pejam mata selagi tidak habis membaca buku ini.

Feeling sedih tidaklah seteruk ketika mengandung, Alhamdulillah

Sebenarnya sudah lama saya berkenan untuk membeli buku ini, tapi
ada rasa takut untuk membacanya.

Takut sedih.


Buku ini tulisan Puan Isyah Radhiah (isteri kepada Che Amran, penasyid Raihan) ini adalah yang kedua saya beli selepas buku pertamanya, Nikmatnya sakit bersalin yang pernah saya tuliskan infonya di sini:



Sejujurnya saya suka dan tertarik dengan gaya penceritaan Puan Isyah. Sangat menyentuh hati dan menitiskan air mata (walaupun kesan sensitiviti telah berkurang berbanding ketika mengandung)

Gaya bahasanya mudah.

Penceritaan membuatkan kita seperti berada ditempatnya.

Membaca buku ini membuatkan kita mendesak-desak diri untuk terus mengikuti perjalanan hidup keluarga mereka bersama anak yang diketahui mempunyai tumor otak ketika berusia 9 tahun dan ketika suami berada di luar negara.







Amat menyayat hati.

Buku ini juga menjelas dan memberi info tentang segala rawatan yang mereka usahakan untuk mengubati tumor otak anak mereka.

Bukan sekadar cerita sahaja, namun terdapat banyak info yang berguna yang berkaitan dan doa-doa serta ayat-ayat Al-Quran yang baik diamalkan.

Sangat bagus seperti Buku Nikmatnya sakit Bersalin

Membangkitkan rasa bersyukur terhadap semua kurniaan ALLAH.

Moga ALLAH pelihara kita semua dan memberi ganjaraan atas setiap ujian yang dilalui. 
Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...