Saturday, June 25, 2016

Menantikan Khabar Gembira Ya Rabb !

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lalu, Di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari sekolah saya berkongsi rasa hati bersama suami:

"Rasanya macam ALLAH akan bagi berita gembira yang besar dalam Bulan Ramadhan ni."

"Macam apa?" Tanya suami.

"Entahlah. Tapi ada rasa yang tinggi dan yakin  yang Allah akan bagi berita gembira yang sangat istimewa dalam Bulan Ramadhan ni.

Mungkin Syarikat buku telefon habaq buku kedua kita diterima dan boleh dicetak...Wahhhhh!

Atau ada orang yang mau beli hasil buku baru kita sebab info yang bagus dan buku yang hebat....Hahahaha...





Ataupun sheikh telefon habaq tesis dah lulus dan boleh konvo.... MasyaALLAH... seronoknya.. seronoknya"  Impian yang menggunung dengan mood positif. Saya mengandaikan berita gembira yang ALLAH akan beri di Bulan Mulia ini.

" Mama. Abang dapat A+ hafazan abang hari ini."

"Ustazah pun bagi adik A hafazan hari ini." Abdullah dan Abdul Rahman melaporkan gred hafazan harian tanpa ditanya.

MasyaALLAH. 

Berdesup rasa menusuk ke kalbu!

Khabar gembira yang Allah berikan setiap hari.

Anak Soleh yang mampu menghafaz Al-Quran dengan baik setiap hari !

Buku rekod hafazan Al-Quran Abdul Rahman

Anak-anak yang sihat.

Anak-anak yang mudah beribadah.

Anak-anak yang mudah menghafal Al-Quran dan belajar.

Betapa ramai orang yang mengimpikan berita gembira seperti yang saya terima ini hampir setiap hari.

Aku bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Wahai Tuhanku.

Jadikanlah kami orang yang bersyukur dan pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

Amin Ya Rabb..
Anak-anak soleh menghafaz Al-Quran setiap hari.
Setiap hari membuka dan menghadap lembaran Al-Quran.
Mulianya mereka,
MasyaALLAH

..........................................................................

Bayangkan banyak mata memandang ketika membawa anak-anak ini ke
shopping complex membeli barang dapur dengan mereka berpakaian seragam sekolah.
'
Makcik juruwang bertanya:
"Baby ni pun lelaki ke?"

Saya gelak besar dalam perut sambil jawab:
"Ya. Tapi yang 2 orang ni anak sedara."

Makcik juruwang membalas:
"Oooo muka sama semua."

 
---------------------------------------------------------------------

Saya sangat selesa untuk mengarang di laman blog walaupun tidak ramai yang menjejakinya. Cukuplah jika ia dapat memberi manfaat kepada orang walaupun tidak viral.

Bagi saya Facebook terlalu kejam dan sangat mudah menjadi fitnah dan mengundang komen negatif berjemaah.

Ibarat seorang mengutuk, ramai pula yang menambah-nambahnya.

Asalnya kita tidak berfikiran negatif tentang sesuatu post, tetapi apabila membaca komen-komen negatif, kita juga terjebak memikir negatif tentang post tersebut.

Terlalu kejam!

Itulah sebab utama saya tidak suka berkongsi tulisan di Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...