Saturday, August 6, 2016

Aku Tidak Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم



Dengan diri yang diciptakan bercirikan introvert, saya sangat takut dan cuak apabila dikeremuni orang ramai.

Jika diberi pilihan untuk berdiri memberi ceramah di hadapan orang ramai atau duduk sahaja menulis dirumah, sudah tentu pilihan kedua itulah yang menjadi pilihan saya,

Tetapi bergelumang dengan masyarakat dan bersabar dengan kerenah mereka itulah yang dijanjikan pahala.

Menjadi kerisauan dalam diri saya juga adalah jika disanjung dan dilihat hebat. Jika ALLAH tidak tutup aib diri ini, tiada yang hebat dapat dilihat.

Kerana itu catatan dalam blog yang agak sunyi inilah menjadi pilihan saya. Biarlah ia dikunjungi untuk mendapat manfaatnya dan bukan untuk disanjung-sanjung penulisnya.

Mungkin orang akan berubah hati terhadap orang yang disanjung apabila melihat keburukan dirinya.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Menjadi guru yang lebih penyayang.

Menjadi ibu yang lebih penyayang.

Itulah muhasabah dan doa yang sentiasa dipanjatkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...